Abstrak
Fitosterol  adalah  sterol  tumbuhan  yang  mempunyai  struktur kimia  menyerupai  koles- terol.  Ia  mempunyai  kesan  anti-kolesterol,  anti-kanser  dan  anti-oksida  yang  mungkin disumbang oleh perencatan peroksidasi lipid. Bagaimanapun, kajian mengenai kesan fitosterol ke atas peroksidasi lipid adalah terhad. Tujuan kajian ialah untuk menentukan kesan  fitosterol  ke  atas  malondialdehid  (MDA)  plasma  dan organ  pada  model  tikus yang  terdedah  kepada  karbon  tetraklorida.  Tikus  kajian  dibahagikan  kepada  empat kumpulan iaitu Kawalan normal (NC), Karbon tetraklorida (CCl4), Fitosterol (P) dan Fi- tosterol + karbon tetraklorida (P+CCl4). Kumpulan P dan P+CCl4 menerima pra-rawa- tan  fitosterol  secara  subkutaneous  pada dos  140 mg/kg  sekali  seminggu  selama  5 minggu, sementara kumpulan NC and CCl4  hanya menerima minyak zaitun (vehikel). Satu dos oral karbon tetraklorida diberikan kepada tikus kumpulan CCl4  dan  P+CCl4 untuk  mengaruh  peroksidasi  lipid.  Selepas  24 jam,  kesemua  tikus  dikorbankan  dan MDA  plasma  dan organ-organ  diukur.  Seperti  jangkaan,  karbon  tetraklorida  telah meningkatkan  aras  MDA  plasma  dan hepar  kumpulan  CCl4  berbanding  kumpulan kawalan  normal.  Pra-rawatan  fitosterol  (kumpulan  P+CCl4 )  berjaya  menghalang peningkatan MDA tersebut. Rawatan fitosterol pada tikus normal  (kumpulan P) telah menurunkan  aras  MDA  hepar.  Rumusan  kajian  ialah  fitosterol  adalah  efektif  sebagai perencat  peroksidasi  lipid.  Ia berpotensi  sebagai  suplemen  untuk  mengurangkan peroksidasi lipid pada individu yang sihat. 
                  Kata Kunci :  
         fitosterol,  
          
          hepar,  
          
          karbon tetraklorida,  
          
          malondialdehid,  
          
          peroksidasi lipid,  
           
         
           
        
     
   
 
 
 
 
 
