Abstrak
Penyakit bawaan air yang tercemar (waterborne diseases) adalah masalah berlarutan dan pengancam utama kesihatan ke atas penduduk di kebanyakan negara yang kurang maju disebabkan ketiadaan infrakstuktur asas terutamanya air dan kemudahan-kemudahan kesihatan. Kajian ini melaporkan hasil penyiasatan penyakit bawaan air yang tercemar di kalangan komuniti yang tinggal di persisiran sungai di Anambra State, di Nigeria. Satu tinjauan dijalankan ke atas 1200 orang penghuni rumah menggunakan soal selidik dan 600 rekod yang diambil dari hospital. Fokus utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti sosioekonomi dan faktor kebudayaan yang menyumbang kepada epidemiologi penyakit-penyakit ini. Hasil kajian ini menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam kejadian penyakit bawaan air yang tercemar di kalangan komuniti dan di antara komuniti-komuniti lain yang mana mempunyai implikasi tahap pendidikan, ketua keluarga, pekerjaan dan sumber air yang digunakan. Kajian ini mengesyorkan supaya pendidikan kesihatan komuniti melalui pekerja kesihatan komuniti yang terlatih diberikan dan mewujudkan pusat perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berfungsi, sebagai langkah yang utama untuk menangani penyakit yang merebak melalui penggunaan air yang tercemar.
Kata Kunci :
komuniti persisiran sungai,
penghuni rumah,
penyakit bawaan air yang tercemar,
perkhidmatan penjagaan kesihatan.,