Abstrak
Dua laporan kes vaskulitis retina pada tuberkulosis okular presumptif dibentangkan. Kes 1 ialah seorang wanita Melayu berumur 26 tahun yang mengadu flebitis dengan lesi koroid. Kes 2 ialah seorang wanita Melayu berumur 27 tahun yang mengadu sakit arteritis oklusif. Kedua-dua pesakit menunjukkan ujian Mantoux positif dengan saringan sistemik negatif. Kedua-duanya menunjukkan respons baik terhadap terapi anti-tuberkulosis beberapa hari selepas terapi dimulakan. Tetapi serentak dengan kejadian ini, peningkatan vitritis berlaku. Vitritis menunjukkan penurunan selepas sahaja kortikosteroid oral diberi. Cara presentasi tuberkulosis okular kedua-dua kes ini jarang ditemui dan indeks kecurigaan yang tinggi diperlukan. Terapi anti-tuberkulosis pelbagai ubat perlu digabungkan dengan kortikosteroid oral untuk rawatan efektif.
Kata Kunci :
Mantoux,
tuberkulosis okular,
vaskulitis retina,