Abstrak
Perawakan merupakan salah satu ciri biologi utama yang berguna dalam pengelasan rangka si mati yang belum dikenalpasti. Malah, data tepat dari populasi adalah penting dalam kerangkaan antroplogi forensik. Namun begitu, kajian mengenai tajuk ini adalah terhad disebabkan tumpuan biasanya diberikan kepada “long bones”. Kajian ini cuba mewujudkan persamaan (equation) mengenai anggaran perawakan daripada ukuran tulang klavikular kering dan radiografi. Kedua-dua belah tulang klavikular dari si mati perempuan (25) dan lelaki (112) diasingkan di sebuah bilik autopsi di Bangkok, Thailand. Dua belas pembolehubah diukur bagi setiap sisi tulang. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa ketinggian dapat ditentukan dengan menggunakan 3 pembolehubah dalam sebuah model analisis regresi bertahap bagi mayat yang jantinanya belum dikenalpasti, dengan R2 = 0.49 serta ralat piawai anggaran (SEE) 5.238 cm. Malah, ketinggian hujung sternal tulang klavikular boleh diguna pakai bagi menganggar perawakan bagi kes yang melibatkan serpihan tulang klavikal yang dijumpai di tempat kejadian (R2 = 0.238 dan SEE 6.353 cm). Panjang maksimum dari pengukuran radiografi menujukkan korelasi serta “model fit” yang terbaik dengan perawakan (R = 0.562, R2 = 0.316 dan SEE 6.020 cm). Hasil kajian ini menujukkan teknik yang komplementari dan berguna kepada pakar forensik antropologi untuk menghasilkan profil biologi bagi kerangka mayat yang belum dikenalpasti dalam kes dimana “long bones” tidak dijumpai. Tambahan pula, penganggaran perawakan daripada ukuran radiografi mampu diguna pakai dalam kes yang melibatkan “skeketonisation” separa.
Kata Kunci :
anggaran ketinggian,
antropologi forensik,
klavikula,
populasi Thai,
profil biologi,