Abstrak
Kesakitan adalah satu gejala yang paling kerap dijumpai di Jabatan Kecemasan (JK). Kajian terdahulu menunjukkan pesakit tidak mendapat penahan sakit yang memadai di JK. Walau bagaimanapun, beberapa kajian mencadangkan kaedah yang khusus dan praktikal untuk meningkatkan ketepatan masa dan kekerapan kawalan tahap kesakitan pada keadaan kecemasan. Kajian yang dilakukan adalah dalam keadaan terkawal, secara rawak dan dijalankan di dalam persekitaran JK secara simulasi dengan menggunakan alat pemasa. Ini dapat memperingatkan kakitangan untuk menilai kesakitan dan menyediakan ubat tahan sakit pada selang masa yang ditetapkan berbanding kumpulan terapi piawai. Skor prestasi dokumentasi min antara kumpulan alat pemasa dan kumpulan kawalan adalah 94.45% + 5.85 vs 72.22% + 17.57 (p<0.05). Penggunaan alat pemasa tidak mempunyai kesan positif pada ketepatan masa dalam merekodkan pemerhatian skor kesakitan pertama selepas ubat tahan sakit diberikan, 1.74 min + 0.41 (pemasa) vs 1.78 min + 0.82 (kawalan); p = 0.89. Skor prestasi dokumentasi menunjukkan bahawa 50% peserta dikumpulan alat pemasa hanya mencatatkan satu peninggalan rekod berbanding 90% peserta kumpulan kawalan yang mencatatkan sekurang-kurangnya satu peninggalan rekod. Masa pemerhatian yang berikutnya untuk kumpulan kawalan adalah lebih berleluasan (min: 4 minit, max: 36 minit) berbanding dengan kumpulan alat pemasa (min: 11 minit, max: 22 minit). Median selang waktu untuk dokumentasi skor sakit per subjek di dalam kedua-dua kumpulan adalah 15 minit, tetapi IQR dalam kumpulan alat pemasa adalah 1 berbanding dengan 7 dalam kumpulan kawalan. Kesimpulannya, penambahan alat pemasa mempunyai kelebihan untuk memperbaiki skor prestasi dokumentasi dan dokumentasi skor kesakitan bersiri dalam JK.
Kata Kunci :
analgesia,
dokumentasi,
kecemasan,
kesakitan,