Profile of Visual Impairment in Older Adult Patients Attending Primary Eye Care Optometry Clinic: A Retrospective Study
Profile of Visual Impairment in Older Adult Patients
Abstract
With an aging population, prevalence of visual impairment (VI) is expected to increase as well. A retrospective study was conducted involving the files of older adult patients aged 60 years and above from the Primary Eye Care (PEC) Optometry Clinic Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). This study was aimed to determine the prevalence and causes of VI among older adults. This retrospective study was conducted by reviewing files of older adult patients aged 60 years and above who had visited PEC Optometry Clinic UKM from 2009 to 2019. Socio-demographic, health status, status of visual acuity (VA), refractive error, prevalence and causes of VI before and after refractive correction were analysed by using descriptive statistic. Habitual distance VA was measured monocularly using the Snellen chart and recorded in decimal unit. The mean habitual distance VA in the better eye was 0.72+0.31, ranging from 0.41 to 1.03 while the mean VA after subjective refraction in the better eye was 0.88+0.28 which ranging from 0.60 to 1.16. The prevalence of VI based on habitual VA were 16.0%. The main cause of VI based on habitual VA was cataract (53.4%). The refractive status after subjective refraction showed highest percentage of hyperopia (41.9%), followed by emmetropia (32.4%) and myopia (25.7%). The findings of this study emphasise the importance of increased patient education and further expansion of optometric services are required to reduce avoidable blindness.
Keywords :
elderly,
optometry,
primary eye care,
visual impairmen,
Abstrak
Peningkatan populasi penuaan, juga akan meningkatkan kekerapan gangguan penglihatan (VI). Kajian retrospektif dilakukan melibatkan fail pesakit warga emas yang berumur 60 tahun ke atas dari Klinik Optometri Rawatan Mata Primer (PEC) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan kekerapan dan penyebab VI dalam kalangan warga emas. Kajian retrospektif ini dilakukan dengan merujuk fail pesakit warga emas yang berumur 60 tahun ke atas yang pertama kali mengunjungi PEC UKM dari tahun 2009 hingga 2019. Sosio-demografi, status kesihatan, status akuiti visual (VA), ralat refraksi, kekerapan dan penyebab VI sebelum dan selepas pembetulan ralat refraksi dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif. Pengukuran habitual VA diukur secara monokular dengan menggunakan carta Snellen dan direkod dalam unit perpuluhan. Purata habitual VA (sebelum pembetulan ralat refraksi) pada mata yang terbaik adalah 0.72+0.31, dengan julat antara 0.41 hingga 1.03, manakala purata VA selepas pembetulan ralat refraksi pada mata terbaik adalah 0.88+0.28 dengan julat antara 0.60 hingga 1.16. Kekerapan VI berdasarkan habitual VA adalah 16.0%. Penyebab utama VI berdasarkan habitual VA adalah katarak (53.4%). Status ralat refraksi selepas pembetulan menunjukkan peratusan hiperopia adalah paling tinggi (41.9%), diikuti oleh emmetropia (32.4%) dan miopia (25.7%). Penemuan kajian ini menekankan kepentingan meningkatkan tahap pengetahuan pesakit dan perkhidmatan optometri untuk mengurangkan masalah kebutaan yang boleh dielakkan.
Kata Kunci :
gangguan penglihatan,
optometri,
penjagaan mata primer,
warga emas,
Correspondance Address
Dr Mohd Harimi Abd Rahman. Optometry & Vision Sciences Programme, Center for Rehabilitation and Special Needs (iCaRehab), Faculty of Health Sciences, Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 50300 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: +603-9289 7617 Email: harimirahman@gmail.com