Online Oral Hygiene Instructions for Orthodontic Patients in Malaysian Population
Online Oral Hygiene Instructions for Orthodontic Patient
Abstract
Fixed orthodontic appliances causes plaque accumulation, which leads to the formation of dental caries and gingivitis. Therefore, concise oral hygiene instructions (OHI) is necessary to avoid the occurrence of these diseases. Massive Open Online Course (MOOC) ensures interactive learning to improve knowledge retention. MOOC transfers the responsibility of learning OHI to the patients with remote guidance from the clinician, thus reduces clinical time. This research aimed to develop the MOOC learning content on OHI in orthodontic practice. The secondary aim was to assess the overall analytics data among learners enrolled for the completion rate and time taken to complete the MOOC. The ADDIE principles which were, "Analyse, Design, Develop, Implement and Evaluate", were used to develop the MOOC. The contents were based on a published pamphlet of OHI from the Ministry of Health, Malaysia. The MOOC was pre-tested, and content was improved based on the feedback from users and experts. The MOOC named “Penjagaan Kebersihan Pendakap Gigi” utilises the Bahasa Melayu language to educate learners regarding oral care with orthodontic appliances. Sixty-two learners joined the MOOC, with 77.4% achieving a high rate of completion of the MOOC learning content. There were forty-six female learners (74.2%), while male learners comprised sixteen (25.8%). The median (interquartile range) time taken to complete MOOC learning content were 31.50 minutes, (13.00 minutes to 55.50 minutes). This shows that MOOC could be an alternative platform to instruct patients on OHI with fixed appliances. MOOC can potentially reduce clinical time to teach OHI to patients.
Keywords :
Online Education,
Oral Hygiene,
Orthodontic Appliances,
Abstrak
Alat ortodontik kekal menyebabkan pengumpulan plak, yang membawa kepada pembentukan karies gigi dan gingivitis. Oleh itu, arahan kebersihan mulut yang ringkas (OHI) diperlukan untuk mengelakkan berlakunya penyakit ini. "Massive Open Online Course" (MOOC) memastikan pembelajaran adalah interaktif untuk meningkatkan pengekalan pengetahuan. MOOC mengalihkan tanggungjawab pembelajaran OHI kepada pesakit dengan bimbingan jauh dari doktor, dengan itu mengurangkan masa klinikal. Penyelidikan ini bertujuan untuk mewujudkan kandungan pembelajaran MOOC mengenai OHI dalam praktis ortodontik. Tujuan kedua adalah untuk menganalisis data dari pelajar yang mendaftar untuk kadar penyelesaian MOOC, serta masa yang diperlukan untuk menyelesaikan MOOC. Prinsip-prinsip ADDIE iaitu, "Analyse, Design, Develop, Implement dan Evaluate", digunakan untuk membentuk MOOC. Kandungannya berdasarkan risalah OHI yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. MOOC telah diuji sebelumnya, dan kandungannya diperbaiki berdasarkan maklum balas pengguna dan pakar. MOOC dinamakan “Penjagaan Kebersihan Pendakap Gigi” menggunakan Bahasa Melayu untuk mendidik para pelajar mengenai penjagaan kebersihan mulut dengan peralatan ortodontik. Enam puluh dua pelajar mengikuti MOOC dan 77.4% dapat menyelesaikan kandungan pembelajaran MOOC. Terdapat empat puluh enam pelajar perempuan (74.2%), sementara pelajar lelaki terdiri daripada enam belas (25.8%). Masa median (jarak interkuartil) yang diambil untuk menyelesaikan kandungan pembelajaran MOOC adalah 31.50 minit, (13.00 minit hingga 55.50 minit). Ini menunjukkan bahawa MOOC dapat menjadi platform alternatif untuk mengajar pesakit mengenai OHI dengan peralatan ortodontik tetap. MOOC berpotensi mengurangkan masa klinikal untuk mengajar OHI kepada pesakit.
Kata Kunci :
aplians ortodontik,
kebersihan mulut,
pembelajaran atas talian,
Correspondance Address
Nurul Asyikin Yahya. Department of Family Oral Health, Faculty of Dentistry, Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 50300 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: +603-92896621 Email: nurulasyikin@ukm.edu.my