Needs of Family Members of Critically Ill Patients in a Critical Care Unit at Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre
Needs of Family Members of Critically Ill Patient in a Critical Care Unit
Abstract
Fulfillment of the family needs for the critically ill patient in Critical Care Unit should be met by healthcare providers to improve patient’s quality of life. The purpose of this study was to identify the needs of family members of critically ill patients in a Critical Care Unit. A cross-sectional study was conducted on 109 family members of patient hospitalized at the Intensive Care Unit and Coronary Care Units of Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre (UKMMC). The modified Critical Care Family Needs Inventory (CCFNI) comprised of 5 domains of family member’s needs: Information, Proximity, Assurance, Comfort and Support. The findings showed that assurance and information needs were the highest with (3.77 ± 0.306); (3.62 ± 0.379), proximity need (3.60 ± 0.415), support need (3.57 ± 0.477) and comfort need (3.55 ± 0.586), respectively. There was significant relationship between respondent’s relationship with family needs of proximity (p = 0.013). This study indicated that there were significant association between respondent’s monthly income and family needs of comfort and support, (p = 0.033) and (p = 0.004). There was also significant association between the gender with comfort need (p = 0.013). In this study, it was observed that information, proximity, assurance, comfort and support were opinioned as their requirements during hospitalization. Hence, it assists in coping while being admitted to Intensive Care Unit and Coronary Care Unit of UKMMC. An educational package and updating patient’s information should be emphasized to enhance the family needs of critically ill patient in the critical care settings.
Keywords :
critical care unit,
family members,
needs,
Abstrak
Keperluan keluarga pesakit yang sedang menunggu waris di Unit Rawatan Rapi perlu dipenuhi oleh kakitangan kesihatan kerana ini membantu untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti keperluan ahli keluarga pesakit yang sedang menunggu waris yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi. Satu kajian keratan rentas telah dijalankan ke atas 109 ahli keluarga pesakit yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan Unit Rawatan Koronari, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Soalan kajian yang telah diubah suai daripada Critical Care Family Needs Inventory (CCFNI) telah digunapakai dalam kajian ini. Soalan kajian terdiri daripada 5 domain keperluan ahli keluarga: Maklumat, Berada hampir dengan pesakit, Jaminan, Keselesaan dan Sokongan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keperluan jaminan (3.77 ± 0.306) adalah yang tertinggi. Ini diikuti dengan keperluan mendapatkan maklumat (3.62 ± 0.379), berada hampir dengan pesakit (3.60 ± 0.415), keperluan sokongan (3.57 ± 0.477) dan keperluan keselesaan (3.55 ± 0.586). Terdapat hubungan yang signifikan di antara hubungan responden dengan keperluan keluarga berada berdekatan dengan pesakit (p = 0.013). Kajian ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pendapatan bulanan keluarga dengan keperluan keselesaan dan sokongan, (p = 0.033) dan (p = 0.004). Terdapat juga hubungan yang signifikan antara jantina dengan keperluan keselesaan (p = 0.013). Keperluan menerima maklumat, berada berdekatan dengan pesakit, jaminan, keselesaan dan sokongan adalah amat penting kepada ahli keluarga pesakit. Pakej pendidikan dan sentiasa memberi informasi terkini perlu diberi penekanan bagi meningkatkan keperluan keluarga pesakit kritikal dalam persekitaran penjagaan kritikal.
Kata Kunci :
ahli keluarga,
keperluan,
unit rawatan rapi,
Correspondance Address
Zainah Mohamed, Department of Nursing, Faculty of Medicine, Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: +6019-3181292 Fax: +603-91456683 Email: zaizan@ppukm.ukm.edu.my