Abstrak
Pembaziran ubat menimbulkan beban kewangan kepada ekonomi negara dan juga, implikasi alam sekitar yang berkaitan dengan pelupusan pembaziran. Kajian ini dijalankan di sebuah hospital awam di Brunei dan bertujuan untuk mengukur tahap pembaziran ubat-ubatan dan pelupusannya. Ia adalah satu kajian rentas/silang bahagian yang menggunakan soal selidik direka sendiri untuk para pesakit mengunjungi farmasi pesakit luar di hospital Suri Seri Begawan (SSB); seramai 253 pesakit mengambil bahagian dalam tempoh dua minggu. Terdapat kriteria pengecualian, iaitu pesakit di bawah usia 18 tahun, pesakit mengunjungi Jabatan Kemalangan dan Kecemasan, dan pesakit yang dimasukkan ke hospital. Majoriti peserta dilaporkan mempunyai ubat yang tidak digunakan di rumah (75.1%, n=189). Hampir separuh (54.2%) mempunyai ubat-ubatan yang tidak digunakan dan ia adalah disebabkan oleh peningkatan dalam keadaan perubatan mereka. Kebanyakkan peserta (70.8%) tidak diberi nasihat yang bersesuaian mengenai cara untuk melupuskan ubat-ubatan mereka dengan cara yang betul. Kebanyakkan mereka membuang ubat-ubatan yang tidak digunakan ke dalam tong sampah di rumah (70%), walaupun 50.2% (n=189) mengetahui bahawa membuang ubat-ubatan dalam tong sampah boleh menyebabkan kesan buruk kepada alam sekitar. Selain itu, didapati bahawa 47.7% daripada peserta akan mengembalikan ubat-ubatan yang tidak digunakan ke farmasi, tetapi secara praktikal, hanya 18.6% telah melakukannya. Tiada hubungan yang signifikan antara mengetahui kesan-kesan memudaratkan perubatan ke atas alam sekitar dan mengembalikan ubat mereka ke farmasi (p=0.065). Kajian ini menunjukkan bahawa wujud pembaziran ubat di hospital SSB dan pengetahuan serta amalan pesakit terhadap pelupusan yang betul adalah agak lemah. Oleh itu, penggubal dasar kesihatan perlu dimaklumkan mengenainya agar dapat melaksanakan strategi pengurangan pembaziran.
Kata Kunci :
Brunei,
hospital,
kesedaran,
pelupusan sisa perubatan,
pengetahuan,