Knowledge, Attitude, Perception & Willingness to Quit Vaping Among Student-Teachers in Selangor, Malaysia

Vaping: Knowledge, Attitude and Quit Intent
Vol. 19 No. 2 : 2024 (631-647)

Hairuddin h Hairuddin h
FARIDUDDIN MN FARIDUDDIN MN
siau cs siau cs

Abstract
In Malaysia, there has been a notable increase in the prevalence of vape use among adolescents, thus emerges as a public health threat. Data concerning e-cigarettes are insufficient in Malaysia, particularly with a focus on university students, especially student-teachers who are future educators. This study aimed to examine the level of knowledge, attitude, perception of vaping and willingness to quit vaping among student-teachers who were currently vaping in Selangor, Malaysia. A quantitative survey design study was conducted among 348 respondents from the Faculty of Education using an online self-administered questionnaire. The questionnaire consisted of five parts: Socio-demographics, knowledge, attitude, perception and willingness to quit vaping. Majority of the respondents (62.9%) passed the test on knowledge of vaping, with moderate attitude and perceptions towards vaping. More than 60% of the respondents had thoughts and intention to quit vaping. The MANOVA analysis showed no significant differences among the seven programs within the faculty towards knowledge, attitude, perception, and willingness, F (24, 640) = 1.239, p = .200, partial η2 = .044. However, the multivariate test between programs showed that there was a significant difference in willingness to quit vaping, F (6, 160) = 2.641, p = .018, partial η2 = .090. While awareness about vaping has increased, its widespread use remains concerning. Regulatory measures, such as fines for vaping on university grounds, are necessary to deter usage. Moreover, the university should improve cessation support with structured programs and campaigns, providing easy access to cessation treatments for students to seek for help.
Keywords : Attitude, knowledge, perception,willingness to quit, vaping,
Abstrak
Di Malaysia, terdapat peningkatan ketara dalam kelaziman penggunaan vape di kalangan remaja, sekali gus muncul sebagai ancaman kesihatan awam. Data berkenaan dengan rokok elektronik adalah tidak mencukupi di Malaysia, terutamanya dalam kalangan pelajar universiti, kuhususnya pelajar pendidikan yang merupakan bakal pendidik. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan, sikap, persepsi terhadap vape dan kesediaan untuk berhenti vape di kalangan pelajar pendidikan yang sedang menggunakan vape di Selangor, Malaysia. Kajian kuantitatif dengan menggunakan reka bentuk tinjauan telah dijalankan terhadap 348 responden daripada Fakulti Pendidikan dengan menggunakan borang soal selidik secara atas talian yang terdiri daripada lima bahagian iaitu sosio-demografi, pengetahuan, sikap, persepsi dan kesediaan untuk berhenti vape. Majoriti responden (62.9%) lulus ujian pengetahuan mengenai vape, dengan sikap dan persepsi yang sederhana terhadap vape. Lebih daripada 60% responden mempunyai pemikiran dan niat untuk berhenti vape. Ujian MANOVA menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan di antara tujuh program dalam fakulti terhadap pengetahuan, sikap, persepsi, dan kesediaan, F (24, 640) = 1.239, p = .200, partial η2 = .044. Namun, ujian multivariat di antara program menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam kesediaan untuk berhenti vape, F (6, 160) = 2.641, p = .018, partial η2 = .090. Walaupun tahap kesedaran mengenai vape telah meningkat, kelaziman penggunaan vape masih membimbangkan. Langkah-langkah kawal seliaan seperti pelaksanaan denda terhadap penggunaan vape di peringkat universiti adalah penting bagi membanteras penggunaan vape. Selain itu, universiti juga seharusnya meningkatkan sokongan terhadap usaha pemberhentian menerusi program dan kempen berstruktur, serta menyediakan akses mudah terhadap rawatan berhenti vape bagi pelajar yang memerlukan bantuan. 
Kata Kunci : Kesediaan berhenti, pengetahuan, persepsi, sikap, vape,

Correspondance Address
Muhamad Nur Fariduddin bin Abdul Aziz. Department of Physical & Health Education, Faculty of Education, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam, Selangor, Malaysia. Tel: +603-3258 4920 Email: fariduddin@uitm.edu.my