Abstrak
Prevalens  penyakit  diabetes  melitus  serta  kadar  jangka  hayat  seseorang  semakin meningkat  secara  global.  Memandangkan  penyakit  diabetes  melitus  seringkali  di- kaitkan dengan golongan warga emas, adalah amat penting untuk memastikan paras glukos berada pada tahap yang terkawal, agar komplikasi diabetes dapat dikurangkan, dan  mempertingkatkan kualiti  kehidupan.  Kajian  hirisan  lintang  yang  dilakukan di ka- langan pesakit diabetes melitus warga emas di daerah Kulim ini bertujuan untuk  me- nentukan prevalens paras glukos terkawal  dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Sebanyak tiga ratus dua puluh sembilan responden telah dipilih menggunakan kaedah rawak  berstratum  yang  melibatkan  kesemua  tujuh  buah  klinik  kesihatan  di  daerah Kulim.  Responden  ditemubual  secara  perseorangan  dengan  menggunakan  borang soal  selidik  berstruktur.  Nilai  HbA1c  6.5%  dan  ke  bawah  dianggap  sebagai  kawalan glukos  yang  baik.  Prevalens  kawalan  paras  glukos  yang baik  adalah  22.5%.  Faktor yang mempunyai kaitan signifikan dengan kawalan paras glukos yang baik adalah le- laki ((prevalens nisbah ods terlaras=1.75, 95% SK: 1.02-3.00), berumur 70 tahun dan ke atas (prevalens nisbah ods terlaras=2.48, 95% SK: 1.40-4.39) dan tempoh mengi- dap diabetes melitus kurang dari lima tahun (prevalens nisbah ods terlaras=2.10, 95% SK:1.21-3.64).  Kesimpulannya,  hasil  daripada  kajian  ini  menunjukkan  bahawa prevalens  paras  glukos  terkawal  yang  rendah  dipengaruhi  oleh  faktor  gender,  umur dan jangkamasa mengidap penyakit tersebut.
                  Kata Kunci :  
         diabetes melitus,  
          
          kawalan glukos,  
          
          warga emas,  
           
         
           
        
     
   
 
 
 
 
 
