Abstrak
Peningkatan kos dan kesedaran masyarakat mengenai penyampaian kualiti perkhidmatan yang tinggi telah memaksa pembekal dan pengurus jagaan kesihatan untuk menyiasat sistem pemberian jagaan kesihatan. Carta-alir klinikal (CK) telah diperkenalkan di banyak hospital dan telah diterima sebagai satu alat yang berfaedah dalam membantu organisasi jagaan kesihatan di seluruh dunia. Tambahan, CK juga dapat membekalkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi secara berterusan dan dapat mengkoordinasikan perkhidmatan kesihatan dengan penggunaan sumber-sumber yang rendah. Telah dibuktikan sebagai alat yang berfaedah di negara-negara lain, CK sedang diperkenalkan dalam sistem jagaan kesihatan di Malaysia. Tujuan artikel ini adalah untuk mengenengahkan faedah-faedah CK dalam meningkatkan kualiti jagaan kesihatan dan mengawal kos perubatan. Artikel-artikel yang berkaitan telah disemak. Kesimpulannya, sebahagian besar artikel-artikel yang disemak menyimpulkan terdapat kesan-kesan positif dalam mengimplementasikan CK. CK telah didapati dapat menurunkan dengan signifikannya jangka masa tinggal di hospital dan kos perubatan. Pengenalan evidence based medicine, hasil klinikal, audit klinikal, komunikasi jabatan-jabatan, kerjasama dan perancangan penjagaan juga dipertingkatkan oleh CK. Cabaran kepada pembekal dan pengurus jagaan kesihatan adalah penglibatan dan komitmen sepenuhnya dalam pembentukan dan implementasi CK untuk meningkatkan kualiti jagaan kesihatan dan kawalan kos.
Kata Kunci :
carta-alir klinikal,
kos perubatan,
kualiti,
pembekal dan pengurus jagaan kesihatan,
sistem pemberian jagaan kesihatan,