Abstrak
Tujuan kajian ini adalah untuk mencatat indeks segmen anterior di Corum dan bahagian sekeliling serta membandingkan data tersebut berdasarkan umur dan jantina. Sejumlah 566 (265 lelaki, 301 perempuan) data pesakit telah dikaji. Kumpulan umur dibahagi kepada kumpulan umur rendah (GLA) (berumur antara 18-39 tahun, 140 lelaki, 143 perempuan) dan kumpulan umur tinggi (GHA) (berumur antara 40-65 tahun, 125 lelaki, 158 perempuan). Indeks yang dikaji termasuklah ketebalan korneal pusat (CCT), kedalaman anterior kamar (ACD), sudut anterior kamar (ACA), keratometri rata (K1), keratometri condong (K2) dan keratometri purata (Kavg). Hasil ACD (3.71 + 0.36 mm untuk GLA dan 3.23 + 0.44 mm untuk GHA), ACA (43.22 + 6.39 untuk GLA dan 37.76 + 8.70 untuk GHA) dan K2 (44.49 + 1.69D untuk GLA dan 43.99 + 1.53D untuk GHA) adalah rendah di kalangan GHA, berbanding dengan GLA dengan signifikasi (p<0.0001, p<0.0001 dan p=0.001). Lelaki mempunyai nilai ACD yang lebih tinggi (p=0.002) berbanding dengan perempuan. Sudut anterior kamar di kalangan perempuan lebih sempit daripada lelaki (p<0.0001). Perempuan mempunyai nilai keratometri yang lebih tinggi berbanding dengan lelaki (p<0.0001 untuk semua). Walau bagaimanapun, perbandingan antara jantina dilakukan di kalangan GLA menunjukkan tiada perbezaan antara ACD dan ACA. Kajian ini menunjukkan indeks segmen anterior adalah berbeza dengan data di kawasan lain dalam negara. Di samping itu, kajian ini menunjukkan gabungan faktor jantina dan umur memberi perbezaan ACD dan ACA, tetapi tidak ketara antara jantina sahaja.
Kata Kunci :
anterior kamar,
jantina,
korneal,
penuaan,
topografi korneal,