Patient and Family Perspectives on Patient Safety at Primary Healthcare: A Scoping Review

Patient & Family Perspectives on Patient Safety
Vol. 21 No. 1 : 2026 (19-41)

Hanis Abdul Rani Hanis Abdul Rani
Aniza Ismail Aniza Ismail
Rosnah Sutan Rosnah Sutan
Norfazilah Ahmad Norfazilah Ahmad
Fathiah Jabir Fathiah Jabir

Abstract
Patient safety is critical in primary healthcare (PHC) due to its complex and dynamic nature. An estimation of 4 in 10 patients experience harm in primary and ambulatory care, with up to 80% being preventable. Despite extensive research on provider perspectives, patient and family insights, which are crucial for enhancing safety practices, remain underexplored. This scoping review examines existing literature on patients’ and families’ perspectives regarding patient safety in PHC settings. Following the enhanced Arksey and O’Malley framework together with PRISMA-ScR guidelines, a comprehensive search was conducted across PubMed, Scopus and Web of Science in November 2024. Peer-reviewed primary data articles addressing patient and family perspectives on PHC safety were included, with no language restrictions applied. A thematic analysis identified recurring themes across the findings. A total of 17 studies from diverse geographic regions and methodologies were included in this review. Five key themes emerged: (i) patient involvement (12 articles), highlighting the role of active participation in care; (ii) communication (10 articles), emphasising effective information exchange; (iii) continuity of care and coordination (8 articles), reflecting the need for seamless transitions in care; (iv) safety incidents and reporting (5 articles), addressing challenges in identifying and learning from patients’ adverse events; and (v) systemic issues (5 articles), revealing organisational factors impacting patient safety. Understanding patient and family perspectives provides unique insights into PHC safety challenges. The results underscore the necessity for proactive involvement of patient and family, effective communication and seamlessly coordinated care to enhance PHC safety. Establishing transparent feedback systems and systemic improvements can foster safety enhancement in PHC settings. Incorporating these viewpoints into safety strategies can foster a collaborative approach to healthcare improvement. Future research should explore tailored interventions to integrate these perspectives effectively.
Keywords : Family and patient; patient safety; perspective; primary care; primary healthcare,
Abstrak
Keselamatan pesakit adalah penting dalam perkhidmatan kesihatan primer (PHC) kerana sifatnya yang kompleks dan dinamik. Dianggarkan 4 daripada 10 pesakit mengalami kemudaratan dalam penjagaan primer dan rawatan pesakit luar, di mana 80% daripadanya boleh dicegah. Walaupun terdapat banyak kajian berkaitan keselamatan pesakit telah dilakukan dalam perspektif petugas kesihatan, pandangan pesakit dan keluarga masih kurang diterokai. Ulasan skop ini meneliti literatur sedia ada mengenai perspektif pesakit dan keluarga terhadap keselamatan pesakit dalam PHC. Berdasarkan kerangka Arksey dan O’Malley yang dipertingkatkan serta garis panduan PRISMA-ScR, pencarian menyeluruh telah dijalankan dalam pangkalan data PubMed, Scopus dan Web of Science pada November 2024. Artikel data primer yang telah disemak melalui tinjauan semula setara dan membincangkan perspektif pesakit dan keluarga terhadap keselamatan PHC telah dimasukkan tanpa sebarang had bahasa. Analisis tematik telah digunakan untuk mengenal pasti tema utama dalam penemuan kajian. Sebanyak 17 kajian daripada pelbagai kawasan geografi dan metodologi dimasukkan dalam kajian ini. Lima tema utama yang dikenal pasti iaitu; (i) penglibatan pesakit (12 artikel), yang menekankan peranan penyertaan aktif dalam penjagaan; (ii) komunikasi (10 artikel), yang mengutamakan pertukaran maklumat yang berkesan; (iii) kesinambungan dan kooordinasi penjagaan (8 artikel), yang menunjukkan keperluan untuk peralihan penjagaan yang lancar; (iv) insiden keselamatan dan pelaporan (5 artikel), yang membincangkan cabaran dalam mengenal pasti dan mempelajari daripada insiden; dan (v) isu sistemik (5 artikel), yang mendedahkan faktor organisasi yang mempengaruhi keselamatan pesakit. Keputusan kajian menekankan keperluan untuk penglibatan proaktif pesakit dan keluarga, komunikasi yang berkesan, serta penyelarasan penjagaan yang lancar bagi meningkatkan keselamatan PHC. Mewujudkan sistem maklum balas yang telus dan penambahbaikan sistemik dapat menyokong peningkatan keselamatan dalam persekitaran PHC. Mengintegrasikan pandangan ini ke dalam strategi keselamatan pesakit dapat mendorong pendekatan kolaboratif dalam penambahbaikan PHC. Kajian pada masa hadapan perlu meneliti intervensi khusus untuk mengintegrasikan perspektif ini secara berkesan.
Kata Kunci : Keluarga dan pesakit; keselamatan pesakit; perkhidmatan kesihatan; perkhidmatan primer; perspektif,

Correspondance Address
Aniza Ismail. Department of Public Health Medicine, Faculty of Medicine, Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: +603 91458783 Email: aniza@hctm.ukm.edu.my


FIGURE 1: Article selection process based on PRISMA flow chart