Abstrak
Terdapat bukti yang semakin meningkat bahawa kehadiran unsur surih penting yang menimbulkan risiko untuk pesakit penyakit jantung koronari (CHD). Meta-analisis telah dijalankan ke atas tahap unsur surih Kuprum (Cu), Zink (Zn), Besi (Fe), Mangan (Mn), Kobalt (Co) dan Kromium (Cr) dalam pesakit CHD. Artikel yang sesuai daripada pangkalan data Web of Science, Scopus, PubMed, EBSCOHost dan Ovid telah dicari berdasarkan garis panduan PRISMA. Artikel Bahasa Inggeris yang diterbitkan antara 2011 hingga 2021 disertakan dan dianalisis dengan statistik deskriptif dan RevMan 5.4. Penilaian kualiti dinilai dengan skala Newcastle-Ottawa. Terdapat enam kajian telah dipilih dengan 322 data peserta. Unsur surih Cu (SMD=-0.13, 95%CI=[-0.99, 0.73], I2=92%, p=0.77), Zn (SMD=-0.38, 95%CI=[-0.81, 0.06], I2= 71%, p=0.09), Fe (SMD=0.47, 95%CI=[-1.19, 2.13], I2=97%, p=0.58) dan Mn (SMD=0.11, 95%CI=[-0.11, 0.33 ], I2=0%, p=0.33) menunjukkan tahap tidak signifikan. Analisis sensitiviti mendedahkan tahap Cu yang ketara dalam kalangan pesakit dengan CHD (SMD=-0.54, 95%CI=[-0.85, -0.22], I2=0%, p=0.0008) dan tahap Fe antara kawalan (SMD=1.41, 95% CI=[0.08, 2.73], I2=95%, p=0.04). Dapatan kajian juga menunjukkan paras elemen-elemen surih Co dan Cr berbeza-beza mengikut tingkah laku pemakanan dan tabiat merokok. Penilaian kualiti secara keseluruhan menunjukkan kadar kualiti yang sederhana tinggi. Dari analisis yang telah dijalankan, elemen surih Cu didapati signifikan pada pesakit jantung koronari dan elemen surih Fe didapati signifikan di kalangan kajian kawalan, manakala penemuan lain tidak menunjukkan hasil kajian yang muktamad.
Kata Kunci :
Meta-analisis,
penyakit jantung koronari,
unsur surih penting,