Abstrak
Jangkitan daripada virus hepatitis B (HBV) merupakan satu isu kesihatan besar sedunia. HBV merupakan suatu faktor terhadap peningkatan risiko penyakit hepar seperti sirosis dan juga dalam perkembangan penyakit kanser hepatosellular. Masalah ini terutamanya tersebar luas di rantau Asia-Pasifik, termasuk Malaysia. Semasa jangkitan, e antigen hepatitis B (HBeAg) adalah dihasilkan di dalam perumah. Antigen ini adalah satu penanda serologi yang penting di dalam diagnosis kesakitan kronik hepatitis B. Perubahan (seroconversion) kepada anti-bodi (anti-HBe) merupakan satu faktor terhadap kemajuan prognosis pengyakit. Tetapi terdapat beberapa mutasi seperti dwi mutasi ke atas promoter teras (core promoter double mutations) (A1762G1764→T1762A1764), varian kodon 15 (C1858/ T1858) dan mutasi pada kodon henti ke atas pra-teras (pre-core stop codon mutation) (TGG→TAG) yang boleh memberi kesan kepada pengeluaran HBeAg. Ini boleh mengakibatkan implikasi terhadap diagnosis dan klinikal penyakit tersebut. Selain itu, HBV juga boleh dibahagikan kepada lapan genotip (A ke H), subjenis genotip dan rekombinan juga ditemui. Kajian telah menunjukkan bahawa genotip berbezaan dari segi hubungan dengan mutasi-mutasi tersebut dan juga dengan prognosis penyakit hepatitis B.
Kata Kunci :
dwi mutasi pada promoter teras,
genotip,
mutasi henti pada pra-teras,
varian kodon 15,
Virus hepatitis B,