Share |

Study of House Officers in a Teaching Hospital on Knowledge, Perception of Skills and Confidence Level in Performing CPR

Original article

Abstrak

Resusitasi kardiopulmonari (CPR) adalah penting dan pegawai perubatan siswazah (PPS) patut mahir menjalankannya. Para PPS yang baru sahaja selesai pengajian mereka ditugaskan ke wad perubatan akut  dan wad pembedahan akut. Sekiranya pesakit di wad mengalami kematian mengejut akibat serangan jantung, merekalah yang akan mula merawat pesakit tersebut. Oleh itu seseorang PPS harus yakin dengan kemahirannya untuk menjalankan CPR sekiranya perlu. Kami telah menjalankan kajian berkaitan pengetahuan menjalankan CPR ke atas 26 PPS baru di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Perkara-perkara yang dianalisis termasuk: tanggapan para PPS itu sendiri berkaitan kemahiran, pengetahuan dan tahap keyakinan mereka dalam menjalankan CPR. Kami menilai pengetahuan menggunakan satu set soalan berkaitan resusitasi kadiopulmonari. Hasil kajian mendapati bahawa 16/26 (61.5%) daripada PPS, menilai diri mereka sebagai mempunyai tahap pengetahuan yang tidak mencukupi manakala 46.2% tidak mempunyai keyakinan dalam menjalankan CPR. Kebanyakan mereka mendapat markah rendah dalam keputusan ujian penulisan, di mana min adalah 5.7 + 1.8. Tujuh daripada 26 (27.0%) PPS meletakkan tangan mereka pada posisi yang salah ketika menjalankan CPR. Hanya 4 dan 9 daripada 26 PPS meletakkan pad sternum dan pad kardiak pada posisi yang betul. Kami membuat kesimpulan bahawa pengetahuan, tanggapan kemahiran dan tahap keyakinan PPS dalam menjalankan CPR perlu diperbaiki dan perlu penilaian yang lebih mendalam. Institusi Pengajian Perubatan perlu meneliti kembali kurikulumnya supaya dapat menyediakan PPS agar lebih bersedia menghadapi situasi kecemasan.

Abstract

Cardio-pulmonary Resuscitation (CPR) is important and should be mastered by House Officers (HO). House officers who have just completed their studies are assigned to acute medical and surgical wards. If a patient in the ward has a cardiac arrest (CA), these doctors are usually the first to attend.  Therefore an HO must be confident with CPR skills. They must be competent in performing CPR. The authors assessed 26 new HOs from Universiti Kebangsaan Malaysia Hospital (HUKM) with respect to their self-perception about CPR skills, confidence level in performing CPR and knowledge in performing CPR. Knowledge was assessed by a questionnaire. We found that 16 of 26 (61.5%) assessed themselves to have inadequate knowledge and 46.2% had no confidence in performing CPR. The mean score of the written test was 5.7± 1.8. Seven out of 26 (27.0%) HOs had incorrect hand placement position for CPR. Only 4 and 9 out of 26 HOs had their sternal paddle and cardiac apex paddle positions correctly placed respectively. In conclusion, knowledge, perception of skills and confidence levels of HOs on CPR are inadequate and need further assessment and improvement. Medical schools need to review their CPR curriculum in order to prepare HOs adequately to work in emergency situations.