Abstrak
Dengkuran nyaring akibat sista subglotik adalah keadaan yang jarang berlaku kepada bayi. Namun, ia boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan betul kerana boleh menyebabkan terhalangnya saluran pernafasan dan mengakibatkan komplikasi yang serius. Kepelbagaian simptom dan tanda klinikal merupakan cabaran yang sangat besar dalam mendiagnosis sista subglotik ini. Manifestasi klinikal berbeza kerana ia bergantung kepada saiz dan lokasi sista. Kami melaporkan kes seorang bayi perempuan berumur 6 bulan yang mempunyai sista subglotik tetapi telah dirawat sebagai penyakit “croup”sehingga beliau mengalami kegagalan sistem pernafasan dan kesukaran proses intubasi. Oleh itu, adalah ditekankan supaya para pegawai perubatan perlu memikirkan diagnosis sista subglotik pada bayi-bayi pra-matang yang datang ke kecemasan dengan bunyi dengkuran yang nyaring serta pernah melalui proses intubasi. Selepas diagnosis yang tepat dibuat, rawatan yang sewajarnya dapat diberikan untuk mengelakkan kecacatan dan kematian.
Kata Kunci :
bayi pramatang,
intubasi,
kegagalan sistem pernafasan,
sista larink,
sista subglotik,