Abstrak
Kes chalazia yang disebabkan oleh bortezomib pernah dilaporkan namun ia bukanlah dikenalpasti sebagai satu kesan sampingan kepada bortezomib. Kami dengan ini melaporkan kes chalazion yang berulang disebabkan rawatan bortezomib. Seorang pesakit lelaki berusia 40 tahun yang menghidap myeloma rantaian ringan telah mengalami chalazia di mata kiri dan meibominitis di keduadua belah mata selepas sepuluh minggu menerima rawatan kemoterapi dengan bortezomib. Walaupun dirawat, chalazia pesakit tidak pulih hingga menyebabkan rawatan bortezomib dihentikan. Setelah ubat doxycycline diberi, chalazia pesakit semakin pulih dan rawatan kemoterapi disambung, namun chalazia pesakit berulang kembali dan memerlukan incision & curretage. Rawatan dengan azithromycin telah mengecutkan chalazia pesakit tanpa perlu menghentikan kemoterapi. Hubungan antara bortezomib dan chalazia telah dicirikan sebagai reaksi ubat yang berkemungkinan menurut klasifikasi World Health Organization, dan pengiktirafannya sebagai reaksi ubat akan membolehkan pengenalan awal dan pengurusan bersama pesakit dengan pakar onkologi.
Kata Kunci :
bortezomib,
chalazia,
kesan sampingan,
PS-341,
Velcade,