Abstrak
Plasenta praevia adalah masalah semasa hamil yang boleh mendatangkan komplikasi terhadap ibu dan janin.Penyelidikan yang dijalankan ini bertujuan untuk menilai pengetahuan tentang plasenta praevia dikalangan wanita hamil. Kajian keratan rentas dijalankan di Hospital Ipoh, Perak dikalangan 323 orang pesakit antenatal and posnatal. Parameter sosio demografi (seperti umur, keturunan , bilangan kandungan, pekerjaan, dan tahap pengajian), dan sejarah plasenta praevia telah dikaji dalam hubungkait dengan tahap pengetahuan dan tabiat terhadap plasenta praevia. Seramai 20 orang (6.2%) dari 323 wanita tersebut mengidap atau mempunyai sejarah plasenta praevia. Tiga diantara mereka mempunyai sejarah and 17 lagi mengidap plasenta praevia ketika itu dengan prevalens sebanyak 5.3%. Markah purata pengetahuan yang diperolehi oleh peasakit adalah 11.8 menandakan tahap pengetahuan yang rendah. Hanya pekerjaan, tahap pendidikan dan sejarah plasenta praevia didapati mempunyai hubungkait dengan tahap pengetahuan tentang plasenta praevia diantara semua pesakit obstetrik. Terdapat hubungkait yang ketara mengenai tabiat pesakit yang mengidapi plasenta praevia sekarang serta pesakit yang telah mempunyai sejarah plasenta praevia terhadap tahap pengetahuan mengenai plasenta praevia (p=0.037, <0.05). Sebagai rumusan, pengetahuan serta tabiat terhadap plasenta praevia dikalangan pesakit obstetrik di Hospital Ipoh lebih baik dikalangan mereka yang berpendidikan tinggi, mempunyai pekerjaan ‘kolar puteh’ dan pesakit yang mempunyai atau pernah mengidap plasenta praevia.
Kata Kunci :
caesarean section,
hemoraj,
pendarahan vagina,
plasenta praevia,