Abstrak
Osteomyelitis merupakan jangkitan tulang yang berlaku akibat keradangan berterusan yang disebabkan oleh mikroorganisma yang menjangkiti tulang. Sebanyak 3 sehingga 50% tulang patah terbuka berisiko mengalami osteomyelitis dengan kadar amputasi yang tinggi. Usaha untuk menyelamatkan anggota badan menjadi satu cabaran dan memerlukan kecekalan. Kami melaporkan satu kes yang melibatkan seorang lelaki Cina berumur 44 tahun menghidap osteomyelitis kronik yang telah berjaya melalui beberapa pembedahan menyelamatkan anggota kakinya. Langkah-langkah ke arah pemulihan osteomyelitis kronik termasuklah merencatkan jangkitan, mengurangkan kesakitan dan menyelamatkan anggota badan beserta fungsinya. Kadar pemulihan dan fungsi untuk kes ini adalah lebih baik berbanding kes amputasi di atas paras lutut.
Kata Kunci :
amputasi,
osteomyelitis,
pembedahan,
penyelamatan anggota,
trauma,