Abstrak
Amplikasi isoterma berpengantara gelung (LAMP) merupakan teknikamplifikasi gen yang menghasilkan produk akhir iaitu mendapan keruh magnesium pirofosfat yang boleh  dianalisis dengan  hanya  menggunakan mata  kasar. Penggunaan  pewarna interkalat yang sesuai adalah penting kerana ia boleh meningkatkan sensitiviti dan mengurangkan keputusan positif palsu dan negatif palsu untuk pengesanan. Kajian ini bertujuan untuk membandingkan prestasi tiga pewarna interkalat yang berbeza; SYBR Green  I, SYBR Safe dan pewarna  berasaskan  calcein  di dalam  asai LAMP HPV-16  melalui  visualisasi  oleh  mata  kasar, elektroforesis  gel dan  mesin  masa- nyata turbidimeter.  Reaksi LAMP dilakukan  menggunakan amplifikasi kit Loopamp DNA berisipadu sebanyak  25 μl. Campuran reaksi dieram pada suhu 60°C selama 60 minit  dan ditamatkan  menggunakan suhu  80°C selama  5 minit  dalam  mesin masa-nyata   turbidimeter.   Untuk   pengesanan  menggunakan  mata  kasar,  SYBR Green I dan SYBR Safe telah dicairkan dalam 1:10 DMSO  dan telah ditambah  ke dalam tiub yang mengandungi campuran  reaksi selepas proses amplifikasi berlaku manakala calcein ditambah sebelum proses amplifikasi. Sensitiviti asai telah disiasat menggunakan pencairan DNA HPV-16 yang berkepekatan bermula dari 101  salinan/ μl to  108    salinan/μl.  Ketiga-tiga pewarna  mempamerkan keputusan yang  sama dari segi sensitiviti  dengan  had pengesanan adalah 103   salinan/μl.  Penambahan calcein di dalam asai menunjukkan masa pengesanan bertambah  selama 10 minit dengan menggunakan mesin nyata-masa turbidimeter.  Prestasi ketiga-tiga pewarna interkalat untuk  pengesanan mata kasar adalah setanding  dan  boleh  digunakan untuk aplikasi pemeriksaan titik akhir dalam asai HPV-16, manakala dengan mesin  nyata-masa turbidimeter, penambahan calcein melambatkan masa pengesanan selama 10 minit.
                  Kata Kunci :  
         amplikasi isoterma berpengantara gelung,  
          
          human papillomavirus,  
          
          pewarna interkalat,  
           
         
           
        
     
   
 
 
 
 
 
