Patient Safety Attitude among Healthcare Workers and Its Determinants: A Systematic Review
Patient Safety Attitude and Its Determinants
Abstract
Healthcare providers with positive attitudes toward patient safety demonstrate a robust safety culture within their institutions. Embedding safety practices into daily workflows can help to minimise medical errors, enhance patient outcomes and maximise resource efficiency. Fostering a strong safety culture is vital for delivering superior care; therefore this study aimed to evaluate patient safety attitudes across specific domains and to identify associated factors among healthcare providers, based on findings from the Safety Attitudes Questionnaire (SAQ). We conducted electronic searches using Ovid and PubMed, utilising precise terms pertinent to evaluation, patient safety perceptions and healthcare professionals. We incorporated studies that utilised the SAQ as a metric to evaluate the patient safety culture inside their healthcare organisations. We thoroughly confirmed that the studies satisfied the inclusion criteria and rigorously evaluated their quality. Fifteen studies met our inclusion criteria. Among the six dimensions of SAQ, job satisfaction had the highest mean positive attitude, ranging from 60 to 81.3, while teamwork had the lowest mean score, ranging from 48.9 to 77.2. The mean score for positive attitude, which ranged from 45.2 to 69.6, pertained to the perception of management. Based on review, there was a significant relationship between the characteristics of the healthcare personnel (age, gender, job position, work experience and history of safety training) and patient safety attitude. The findings provide valuable insights for developing patient safety policies and focusing on specific areas to enhance patient safety and improve clinical outcomes in healthcare organisations. Promotion a culture of patient safety is essential for advancing global patient safety standards. Collaboration among policymakers, healthcare professionals and medical educators is crucial for fostering a strong safety culture.
Keywords :
Patient safety assessment; patient safety attitude; patient safety culture,
Abstrak
Anggota penjagaan kesihatan yang mempunyai sikap positif terhadap keselamatan pesakit menunjukkan budaya keselamatan yang kukuh dalam institusi mereka. Penggabungan amalan keselamatan ke dalam aliran kerja harian dapat membantu meminimumkan kesilapan perubatan, meningkatkan hasil pesakit dan memaksimumkan kecekapan sumber. Pemupukan budaya keselamatan yang kukuh adalah penting untuk memberikan penjagaan yang lebih baik Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menilai sikap keselamatan pesakit merentasi domain tertentu serta mengenal pasti faktor-faktor berkaitan dalam kalangan anggota penjagaan kesihatan berdasarkan dapatan daripada Soal Selidik Sikap Keselamatan (SAQ). Kami menjalankan carian elektronik menggunakan Ovid dan PubMed dengan menggunakan istilah khusus yang berkaitan dengan penilaian, persepsi keselamatan pesakit dan anggota penjagaan kesihatan. Kami memasukkan kajian yang menggunakan SAQ sebagai alat penilaian untuk mengukur budaya keselamatan pesakit di institusi penjagaan kesihatan masing-masing. Kami telah mengesahkan secara meluas bahawa kajian-kajian tersebut memenuhi kriteria inklusi dan menilai kualitinya secara kritikal. Sebanyak 15 kajian memenuhi kriteria inklusi kami. Antara enam dimensi SAQ, kepuasan kerja mempunyai sikap positif purata yang tertinggi, iaitu antara 60 hingga 81.3, manakala kerja berpasukan mempunyai skor purata terendah, iaitu antara 48.9 hingga 77.2. Skor purata untuk sikap positif terhadap persepsi pengurusan pula berada di antara 45.2-69.6. Terdapat hubungan yang signifikan antara ciri-ciri kakitangan penjagaan kesihatan (umur, jantina, jawatan, pengalaman kerja dan sejarah latihan keselamatan) dengan sikap keselamatan pesakit. Penemuan ini memberikan pandangan berharga untuk membangunkan dasar keselamatan pesakit dan memberi tumpuan kepada bidang tertentu untuk meningkatkan keselamatan pesakit serta memperbaiki hasil klinikal dalam organisasi penjagaan kesihatan. Galakkan budaya keselamatan pesakit adalah penting untuk memajukan piawaian keselamatan pesakit di peringkat global. Kerjasama antara pembuat dasar, profesional penjagaan kesihatan dan pendidik perubatan adalah penting untuk memupuk budaya keselamatan yang kukuh.
Kata Kunci :
Budaya keselamatan pesakit; penilaian keselamatan pesakit; sikap keselamatan pesakit,
Correspondance Address
Aniza Ismail. Department of Public Health Medicine, Faculty of Medicine, Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Yaacob Latiff, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: +60193217343 E-mail: aniza@hctm.ukm.edu.my