Abstrak
Pengemparan spesimen darah untuk menghasilkan plasma kurang platelet merupakan aspek penting bagi ujian koagulasi. Pengurangan masa yang diambil untuk mem-proses spesimen tanpa menjejaskan kualiti keputusan ujian yang dihasilkan adalah ideal bagi ujian rutin segera. Pengemparan untuk mendapatkan plasma kurang platelet selama 15 minit pada 3580 rpm secara rutin bagi ujian koagulasi akan menambahkan tempoh masa pengujian tersebut dan tempoh masa pengujian bagi ujian segera. Ka-jian ini dijalankan untuk mengetahui kesan pengurangan masa pengemparan ujian koagulasi bagi memenuhi tuntutan masa ujian segera (30 minit). Ujian prothrombin time (PT), activated partial thromboplastin time (APTT), fibrinogen dan platelet dijalan-kan ke atas 79 sampel darah yang diterima untuk ujian koagulasi rutin, dengan meng-gunakan dua masa pengemparan berbeza untuk setiap sampel iaitu 15 minit pada 3580 rpm dan lima minit pada 4000 rpm. Ujian paired sample t-test menunjukkan ter-dapat perbezaan yang signifikan bagi pengiraan platelet di antara dua kumpulan ter-sebut (p=0.001). Walaubagaimanapun, tidak terdapat perbezaan signifikan bagi ujian APTT normal (p=0.16), APTT tidak normal (p=0.80), PT tidak normal (p=0.43) dan fi-brinogen (p=0.36) bagi kedua-dua kumpulan tersebut. Kesimpulannya, pengemparan yang dijalankan dalam masa yang singkat iaitu lima minit pada 4000 rpm tidak menje-jaskan keputusan ujian koagulasi rutin (PT, APTT dan fibrinogen). Justeru, keputusan kajian ini akan memberi manfaat dalam mengeluarkan keputusan segera, untuk ujian koagulasi khususnya.
Kata Kunci :
activated partial thromboplastin time,
pengemparan singkat,
prothrombin time,
ujian koagulasi,
variasi pra-analisis,