Development and Validation of Questionnaire about Knowledge, Attitude and Practice of Primary School Teachers on Myopia Children in Malaysia

Teachers’ KAP on Myopia in Malaysian Schoolchildren
Vol. 21 No. 2 : 2026 (760-778)

Gomathi Gunasegaran Gomathi Gunasegaran
Sharanjeet Kaur Sharanjeet Kaur
Mohd Harimi Abd Rahman Mohd Harimi Abd Rahman
Sumithira Narayanasamy Sumithira Narayanasamy

Abstract
This study aims to develop and validate a questionnaire on knowledge, attitude and practice (KAP) of primary school teachers on myopia among schoolchildren in Malaysia. Four phases were used to develop the questionnaire, namely: (i) questionnaire item generation via systemic literature review; (ii) content validity by 10 expert panels and face validity by 10 primary school teachers; (iii) feasibility study among 64 primary school teachers; and (iv) construct validity and reliability were determined by administrating the questionnaire to 396 and 64 primary school teachers, respectively. The final MyT-KAPQ consists of four sections: demography, knowledge, attitude and practice with 47 items. Knowledge domain items showed high content validity index (0.78-1.0) with Kappa values higher than 0.74. Acceptable scores of 0.844 and 0.881 were obtained for Kaiser-Meyer Olkin sampling adequacy for both attitude and practice domains and Bartlett’s Test of sphericity was significant (χ2 = 0.00, p < 0.001). Factor analysis resulted in each attitude and practice domain containing three factors with 12 items. All items in the KAP domains showed acceptable values >0.70 for Cronbach’s α and good test-retest reliability values. The final version of the questionnaire comprised 47 items across three sections namely KAP and demonstrated satisfactory psychometric properties for assessing the KAP of primary school teachers concerning childhood myopia in Malaysia
Keywords : Attitude; knowledge; myopia; practice; primary school teachers,
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan mengesahkan soal selidik mengenai pengetahuan, sikap dan amalan (KAP) guru sekolah rendah mengenai rabun jauh dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia. Kajian ini merangkumi empat fasa, iaitu: (i) penjanaan item soal selidik berdasarkan kajian lepas; (ii) kesahan kandungan oleh 10 panel pakar dan kesahan muka oleh 10 guru sekolah rendah; (iii) kajian kebolehlaksanaan terhadap 64 orang guru sekolah rendah; (iv) kesahan dan kebolehpercayaan konstruk yang ditentukan dengan mengedarkan soal selidik masing-masing kepada 396 dan 64 guru sekolah rendah. Versi terakhir MyT-KAPQ terdiri daripada empat bahagian: demografi, pengetahuan, sikap dan amalan dengan 47 item. Indeks kesahan kandungan (CVI) bagi domain pengetahuan adalah tinggi antara 0.78 hingga 1.0, dengan nilai kappa yang diubah suai melebihi 0.74. Kecukupan persampelan Kaiser-Meyer Olkin menunjukkan skor yang boleh diterima iaitu 0.844 dan 0.881 untuk kedua-dua domain sikap dan amalan, manakala Ujian sfera Bartlett adalah signifikan (χ2=0.00, p < 0.001). Analisis faktor menunjukkan setiap domain sikap dan amalan mengandungi 3 faktor dengan 12 item. Semua item dalam domain KAP menunjukkan nilai Cronbach α > 0.74 dan nilai kebolehpercayaan ujian semula yang baik. Versi akhir soal selidik terdiri daripada 47 item daripada tiga bahagian yang terdiri daripada KAP yang mempunyai sifat psikometrik yang memuaskan untuk mengukur KAP guru-guru sekolah rendah berkaitan rabun jauh dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia.
Kata Kunci : Amalan; guru-guru sekolah rendah; miopia; pengetahuan; sikap,

Correspondance Address
*Correspondence: sumithira@ukm.edu.my


Scree plot for attitude domain