Abstrak
tuberculosis (TB). Sebanyak 5-10% kes keradangan okular disebabkan oleh TB okular. Spektrum TB okular adalah berbeza-beza, menjejaskan mana-mana bahagian adnexa, lapisan dan struktur bola mata yang berlainan, kandungan orbit, saraf optik pada bahagian belakang orbit. Ia boleh dikaitkan dengan/atau tanpa manifestasi sistemik. Uveitis posterior adalah manifestasi tuberkulosis okular yang paling biasa. Perdarahan subretinal sekunder yang disebabkan oleh ‘neovascularization’ choroidal adalah komplikasi yang jarang berlaku dalam tuberkulosis ocular. Kami melaporkan satu kes yang jarang ditemui iaitu ‘neovascularization’ choroidal sekunder pada kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun yang dijangkiti ‘choroidal tuberculoma’ pada kedua-dua mata disebabkan oleh tuberkulosis miliari. Dia dirawat dengan suntikan ranibizumab intravitreal dan suntikan plasminogen activator rekombinan intravitreal (r-TPA). Walaupun perdarahan subretinal pulih, namun penglihatan adalah terhad disebabkan oleh fovea atropik.
Kata Kunci :
choroidal neovascularization,
okular,
Ranibizumab,
tuberkuloma,
tuberkulosis,
uveitis,