Abstrak
Ascariasis adalah salah satu jangkitan cacing di Malaysia, lebih-lebih lagi di kawasan pendalaman. Kebiasaannnya ascariasis lumbricoides yang masuk dan tinggal di dalam salur pencernaan manusia tidak akan menimbulkan apa-apa simptom. Sekiranya cacing itu masuk ke dalam saluran hempedu, ia akan menyebabkan komplikasi yang dinamakan askariasis biliari. Satu kes askariasis biliari yang menunjukan simptom-simptom seperti kolik biliari akan dibincangkan. Pesakit ini telah datang ke Hospital Daerah mengadu sakit pada bahagian atas dan kanan perut selama dua hari. Siasatan awal pemeriksaan dan ujian makmal menunjukkan pesakit ini mempunyai simptom-simptom seperti acute cholecystitis dan pesakit telah ditahan wad dan dirawat dengan antibiotik. Disebabkan simptom yang bertambah buruk, pesakit ini dirujuk ke hospital besar yang berdekatan.Pesakit ini telah menderita akibat infeksi cacing dibahagian hempedu setelah di dikonfirmasikan oleh ultrasound HBS, CT-Scan abdomen dan ERCP, dimana cacing tersebut dikeluarkan melalui prosedur endoskopi. Setelah menjalani pemeriksaan dan prosedur, pesakit telah sembuh dan dibenarkan keluar dari wad.
Kata Kunci :
Cacing Ascariasis,
endoskopi retrograde kolangio-pankreatografi,
saluran hempedu,
ultrasound,