Abstrak
Brachymetatarsia adalah suatu keadaan tidak normal pada bahagian tulang jari kaki metatarsal yang menjadi pendek kerana penutupan pramatang pada pertumbuhan plat epiphyseal. Keadaan ini selalunya terjadi pada bahagian tulang jari kaki metatarsal yang pertama dan tulang jari kaki metatarsal yang keempat. Punca keadaan ini boleh disebabkan oleh masalah kongenital atau disebabkan punca-punca yang lain. Kami ingin melaporkan kes seorang wanita berusia 53 tahun yang mengadu kesakitan kaki dan mempunyai masalah ketika ingin memakai kasut. Pemeriksaan pada bahagian kaki menunjukkan kedua-dua belah jari kaki keempat dalam keadaan pendek dan jari-jari kaki itu condong ke arah atas. Dia telah didiagnosis sebagai bilateral brachymetatarsia dan pembedahan telah dilakukan atas alasan kosmetik. Kemudian, proses pemanjangan tulang jari kaki metatarsal telah berlaku secara beransur-ansur dengan menggunakan external fixator MiniRail (Orthofix) dan K-wiring pada bahagian sendi metatarsal jari kaki keempat. Proses pemanjangan tulang jari kaki metatarsal keempat dan penyatuan tulang dapat dicapai dengan baik di akhir proses rawatan.
Kata Kunci :
kesakitan,
kongenital,
pemanjangan tulang,