Share |

Tibialis Anterior Tendon Intrasubstance Tear Associated with Anterior Talofibular Ligament Tear: A Rare Encounter

Case report

Abstrak

Kecederaan di bahagian tendon tibialis anterior (TA) jarang berlaku jika dibandingkan dengan masalah tendon lain di bahagian kaki dan buku lali. Penerbitan tentang kecederaan TA tendon terutamanya kecederaan separuh koyak kurang dilaporkan. Sehingga ke hari ini, tiada penerbitan tentang kes kecederaan TA tendon yang berlaku serentak dengan kes kecederaan pada anterior talofibular ligament (ATFL).  Kes ini berlaku pada lelaki berusia 22 tahun yang mengalami kecederaan pada bahagian buku lali akibat aktiviti sukan. Pengimejan resonans magnetik (MRI) menunjukkan TA tendon mempunyai separa putus serentak dengan putus pada ATFL. Kami meneruskan pembaikan terus tendon TA dan pembinaan semula ATFL ke atas pesakit ini dan telah menunjukkan respon yang baik. Skor pada "American

Orthopaedic Foot and Ankle Score" (AOFAS) Ankle-Hindfoot adalah 86% pada bulan ketiga, 90% pada bulan keenam dan 96% pada tahun yang pertama selepas pembedahan. Koyakkan separa atau koyakkan memanjang dalam kecederaan TA tendon kebanyakannya disebabkan oleh TA tendinopati atau degenerasi.  Diagnosis awal diikuti dengan pembedahan seperti pemulihan primer langsung, pemindahan tendon atau rekonstruksi tendon menunjukkan hasil yang baik.

Abstract

Tibialis anterior (TA) tendon injury is an uncommon condition among other foot and ankle tendon pathology and there is insufficient literature on incomplete or intrasubstance TA tendon tear. To date, no cases of TA tendon injury with concurrent anterior talofibular ligament (ATFL) tear has been documented. This is a rare case of a 22-year-old gentleman with ankle injury following sports activity and magnetic resonance imaging (MRI) ankle showed incomplete TA tendon tear with concurrent ATFL tear. We proceeded with TA tendon direct repair and ATFL reconstruction. Patient showed good recovery and at third months, sixth months and 1-year post-surgery, American Orthopaedic Foot and Ankle Score (AOFAS) Ankle-Hindfoot scores were 86%, 90% and 96%, respectively. In TA tendon injury, incomplete tear or longitudinal split is reported mostly due to TA tendinopathy or degeneration. Early diagnosis followed by surgical treatment is shown to give better results, which can be either direct primary repair, tendon transfer or tendon reconstruction.