Share |

Stroke Community Awareness among Public: A Cross Sectional Study

Original article

Abstrak

Tujuan penyelidikan ini dijalankan ialah untuk menilai tahap pengetahuan masyarakat terhadap faktor risiko, tanda-tanda, rawatan dan sumber maklumat berhubung strok dan serangan iskemia transien, dan seterusnya menjana profil risiko strok and melihat hubungkaitnya dengan pengetahuan mereka. Menggunakan borang kajiselidik yang telah divalidasi dan dicuba, 112 orang telah berjaya disoalselidik pada dua acara kemasyarakatan yang berbeza iaitu Hari Kesedaran Strok dan Hari Terbuka Kemasyarakatan. Orang ramai telah mengisi borang kajiselidik dan kemudian menjalani ujian saringan kesihatan. Seratus orang telah layak untuk kajian ini. Maklumat yang dikumpul telah dianalisa menggunakan SPSS versi 20. Secara keseluruhannya, pengetahuan awam didapati sangat lemah. Hanya 35% daripada peserta dikategorikan sebagai mempunyai pengetahuan yang memuaskan berkaitan tanda-tanda strok (p=0.94) dan 29% mempunyai pengetahuan memuaskan berkaitan faktor risiko (p=0.46). Setelah dibahagikan antara kumpulan risiko, didapati peratusan pengetahuan mengenai strok yang memuaskan adalah: pesakit berisiko tinggi (41%), berisiko sederhana (30%) dan berisiko rendah (26%). Tiada seorang peserta pun yang tahu berkenaan wujudnya rawatan bagi serangan strok akut atau kepentingan rehabilitasi sebagai sebahagian daripada pengurusan strok. Kesedaran awam berhubung faktor risiko, tanda-tanda dan pengurusan strok adalah pada tahap yang membimbangkan.

Abstract

This study assessed the level of public awareness pertaining to risk factors, symptoms, treatment and source of information in relation to stroke and transient ischaemic attack. Stroke risk profile of the respondents was correlated with their level of knowledge. Using a validated pre-tested questionnaire, 112 respondents were recruited during two separate community events. Respondents completed the questionnaire and underwent health screening. The data were analysed using SPSS version 20. Overall knowledge was poor. Only 35% of the respondents had satisfactory knowledge of the warning signs (p= 0.94) and 29% had satisfactory knowledge on the risk factors (p=0.46). When analysed according to risk groups, 26%, 30% and 41% of respondents had satisfactory awareness in the low, intermediate and high risk group, respectively. None of the respondents knew about the availability of treatment of acute stroke in the emergency department or the importance of rehabilitation as part of stroke management. Public awareness on stroke risk factors, symptoms and management is poor.