Share |

The Socio-demographic Determinants of Smoking and Alcohol Consumption: A Cross Sectional Study in Penang, Malaysia

Original article

Author

Abstrak

Kajian ini bermatlamat meninjau faktor-faktor sosio-demografi yang mempunyai impak pada merokok and pengunaan arak di kalangan orang dewasa di Pulau Pinang (Malaysia). Data tinjau selidik keratan rentas yang mengandungi 398 responden telah digunakan untuk menjalankan analisis. Kajian ini menggunakan model regresi logistik untuk memeriksa faktor-faktor yang mempengaruhi kemungkinan merokok dan pengunaan arak. Keputusan menunjukkan jantina, kaum dan pendidikan dapat mempengaruhi merokok. Lelaki (OR: 26.678) menunjukkan kemungkinan yang lebih untuk merokok berbanding dengan wanita. Manakala, kaum Cina (OR: 0.177), kaum India/lain-lain (OR: 0.331) dan individu yang berpendidikan tinggi (OR: 0.258) menunjukkan kemungkinan yang kurang untuk merokok berbanding dengan yang lain. Dari segi pengunaan arak, jantina, kaum dan taraf perkahwinan dapat mempengaruhi kemungkinan pengunaan arak. Lelaki (OR: 5.051), kaum Cina (OR: 37.796) dan kaum India/lain-lain (OR: 10.863) menunjukkan kemungkinan yang lebih untuk menggunakan arak berbanding dengan lain. Manakala, individu yang berkahwin (OR: 0.380) menunjukkan kemungkinan yang kurang untuk menggunakan arak berbanding dengan individual yang belum berkahwin. Berpandukan penemuan kajian ini, pelbagai tindakan pencegahan telah dicadangkan.

Abstract

The primary objective of the present study was to investigate the impact of socio-demographic factors on smoking and alcohol consumption among adults in Penang (Malaysia). A cross-sectional primary survey data with 398 respondents was used for analysis. The present study applied logistic regression models to examinethe factors affecting the odds of smoking and alcohol consumption. The results showed that gender, ethnicity and education could significantly affect smoking. In particular, males (OR: 26.678) had a higher likelihood of smoking compared to the females, whereas Chinese (OR: 0.177), Indians/others (OR: 0.331) and individuals with tertiary education (OR: 0.258) had a lower likelihood of smoking than others. In terms of alcohol, gender, ethnicity and marital status were found to have a significant influence on the likelihood of alcohol consumption. Specifically, males (OR: 5.051), Chinese (OR: 37.796) and Indians/others (OR: 10.863) were more likely to consume alcohol than others, while married individuals (OR: 0.380) were less likely to consume alcohol than unmarried individuals. Based on the findings of the present study, numerous population-based intervention measures were suggested.