Share |

Senam Jantung Sehat Seri-I Improves Physical Fitness, Decreases the GDS Scores and the Level of NF-kB Plasma Elderly Depression

Original article

Abstrak

Kemurungan dapat mengurangkan kualiti hidup di kalangan warga emas. Senaman dapat membantu untuk mengurangkan masalah ini. Oleh yang demikian, untuk orang tua adalah diperlukan. Senam Jantung Sehat Seri-I (SJSS-I) merupakan salah satu sukan yang dicadangkan untuk orang tua. Tekanan oksidatif yang berlaku pada orang tua yangmurung dapat dicirikan dengan peningkatan aras faktor nuklear-kappa B (NF-kB) plasma. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengkaji kesan SJSS-I dalam meningkatkan kecergasan fizikal sambil menurunkan skor Skala Kemurungan Geriatrik-15 (GDS-15) dan aras NF-kB plasma pada orang tua. Reka bentuk kajian ini melibatkan 30 orang tua berusia >60 tahun yang dibahagikan kepada tahap kemurungan ringan dan sederhana dan menjalani SJSS-I 3 kali seminggu selama 12 minggu. Kecergasan fizikal diukur dengan ujian 6 minit, skor GDS-15 dan pengambilan darah periferal sebelum dan selepas senaman. Aras NF-kB diukur dengan menggunakan asai ELISA. Ujian-t berpasangan dan Wilcoxon digunakan untuk analisa statistik. Kecergasan fizikal dalam kumpulan kemurungan  ringan adalah lebih tinggi daripada kumpulan kemurungan sederhana (352.73 + 8.86 m vs 264.40 + 118.18 m; p<0,001). Skor GDS-15 dan aras plasma NF-kB dalam kumpulan kemurungan ringan adalah lebih rendah dibandingkan dengan kumpulan kemurungan sederhana (3.00 vs 7,00; p=0.001 dan 7.60 + 4.17 pg/ml vs 8.86 + 3.85 pg/ml; p<0.001). SJSS-I dapat meningkatkan kecergasan fizikal dan mengurangkan skor GDS-15, aras NF-kB plasma di kalangan warga tua kemurungan ringan daripada yang kemurungan yang sederhana. 

Abstract

Depression decreases the quality of life of the elderly. An exercise can help overcome this problem. Therefore, an exercise in the elderly is needed. Senam Jantung Sehat Seri-I (SJSS-I) was one of the proposed sport for the elderly. Oxidative stress that occurs in depressed elderly is characterised by an increase in plasma NF-kB levels. This research aimed to investigate the effects of SJSS-I in enhancing the physical fitness while decreasing the Geriatric Depression Scale (GDS)-15 score and plasma NF-kB level in the elderly. The experimental design was involved 30 elderly aged individuals with >60 years that further categorised into mild and moderate depression level, andthen completed the SJSS-I for 3 times a week for 12 weeks. Physical fitness was measured by the 6-minute test, GDS-15 score, and peripheral blood withdrawal done in pre- and post-workout. Plasma NF-kB level was measured by ELISA assay. A paired t-test and Wilcoxon test were used in statistical analysis. The results showed the physical fitness for mild levels was higher than moderate depression (35.273 + 8.86 m vs 264.40 + 118.18 m; p<0.001. Depressed GDS scores and NF-kB plasma levels were lower in mild depression group than moderate depression group (3.00 vs 7.00; p = 0.001 and 7.60 + 4.17 pg/ml vs 8.86 + 3.85 pg/ml; p<0.001). SJSS greatly imrpoved of the physical fitness with a decrease in GDS-15 scores and plasma NF-kB in the elderly with mildly depression than those with moderate level of depression.