Share |

Self-Perceived Stigma and its Effect on Quality of Life among Malaysians Living with Human Immunodeficiency Virus

Original article

Abstrak

Penularan  virus  ‘Human  Immunodefiency’  (HIV)  merupakan  beban  kesihatan yang  semakin  meningkat di  Malaysia.  Stigma  yang  berkaitan  dengan  HIV dan kesannya  terhadap  kualiti  kehidupan (QOL) pesakit  HIV (PLHIV) masih  kurang dikenalpasti.   Tujuan  kajian  ini  dijalankan   adalah  untuk   meneliti   swa-persepsi dan stigma di kalangan  pesakit  HIV dan pengaruhnya ke atas kualiti kehidupan mereka.   Data  dikumpulkan  dengan   menggunakan  soal-selidik   ‘HIV  Stigma’ dan  ‘WHOQOL HIV BREF’. Kajian ini mendapati bahawa  stigma  yang  dialami oleh  pesakit  HIV adalah tinggi (min ± SD; 103.37  ± 18.14). Kebanyakan  peserta bimbang   untuk  mendedahkan status  penyakit   mereka,   manakala  pengalaman disisihkan  disebabkan oleh penyakit  HIV adalah yang paling kurang dialami oleh pesakit  HIV. Secara keseluruhan, kualiti  hidup  pesakit  HIV adalah  rendah  dan aspek yang paling terjejas adalah dalam hubungan sosial (min ± SD; 12.72 ± 3.59). Walau  bagaimanapun, penyakit  HIV tidak menjejaskan keupayaan mereka  untuk melakukan aktiviti harian (min ± SD; 14.48  ± 2.91). Pesakit HIV yang melaporkan aspek kerohanian  yang tinggi, didapati kurang mengalami swa-persepsi  negatif. (r = -0.54). Ini adalah ciri unik bagi pesakit HIV yang mencadangkan bahawa aspek kerohanian  dapat  meningkatkan keyakinan diri mereka.  Kesimpulannya, stigma masih  merupakan isu yang penting  di kalangan  pesakit  HIV. Klinik-klinik  primer dapat memberi peluang rawatan yang menyeluruh dengan memudahkan integrasi di antara pihak  kaunselor,  pakar agama, keluarga dan persatuan  bukan  kerajaan dan sekaligus membantu proses rawatan secara keseluruhan.

Abstract

Human  Immunodeficiency Virus (HIV) epidemic remains  a significant burden  in Malaysia. Stigma related to HIV and its effect on the quality of life (QOL) of persons living with HIV (PLHIV) remains under-reported. The aim of the present study was to assess  self-perceived stigma  amongst  PLHIV attending  an  urban  community clinic and its influence on their QOL. Data was collected using HIV Stigma Scale and  WHO-QOL  HIV  BREF Scale.  The overall  stigma experienced by PLHIV in this community was  higher  than  previous  studies  (mean ± SD; 103.37  ±18.14). Majority participants had  fear disclosing  their disease  status, while  personalized stigma or the experience of prejudice and rejection was the least experienced. The overall QOL was low and was significantly impaired  in social relationship domain (mean ± SD; 12.72 ± 3.59). However, their ability to perform daily activities was not affected by the illness (mean ± SD; 14.48 ± 2.91). PLHIV with higher spiritual values demonstrate lower  perception of  negative  self-image  and  inferiority  (r= -0.54). This finding was unique  to PLHIV in this study and suggested  the importance of spirituality and personal  beliefs on their self-esteem. In conclusion, stigma remains as a significant problem  among  PLHIV in this community. Primary care offers the best platform to promote  a holistic management of PLHIV, where  the integration between counselors, religious experts, family and non-governmental associations could  come  together.  The management of PLHIV is unique  in every community, hence  individualized approach based on cultural norms and beliefs could assist in the overall management of PLHIV.