Share |

Screening for Premature Coronary Artery Disease (CAD) using Coronary Artery Calcium (CAC) Score: A Primary Prevention Pilot Study

Original article

Abstrak

Penyakit Sindrom Koronari Akut (ACS) boleh dipercepatkan oleh faktor keluarga yang mempunyai sejarah penyakit koronari arteri (CAD). Kadangkala penilaian faktor risiko tidak berjaya untuk menjangkakan sindrom ini. Siasatan tambahan dengan menggunakan skor kalsium arteri koronari (CAC) boleh digunakan dalam pencegahan penyakit ini. Ini adalah kajian perbandingan secara terus yang merekrut ahli keluarga fasa pertama (FDR) asimptomatik bagi populasi muda berbanding dengan populasi muda yang tiada sejarah keluarga berpenyakit CAD yang bermula dari September 2017 hingga Mac 2018 di Klinik Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sejumlah 36 peserta telah direkrut dengan bilangan yang sama bagi setiap kumpulan. Majoriti dalam setiap kumpulan adalah wanita dengan nilai peratusan 67%. Populasi keluarga yang mempunyai sejarah penyakit koronari adalah lebih muda [min (SD) umur 36.9 (4.9) berbanding 38 (3.8) dari populasi yang lain]. Kedua-dua kumpulan mewakili faktor risiko yang tinggi termasuk berat badan berlebihan dan obesiti, obesiti abdomen, serta dislipidemia. Dislipidemia yang baru dijumpai adalah signifikan bagi kumpulan dengan sejarah keluarga (83.3% berbanding 44.4%, P<0.01). Kedua-dua kumpulan yang disaring berada dalam kumpulan "Framingham Risk Score"  berisiko rendah atau sederhana. Skor CAC lebih tinggi bagi kumpulan dengan sejarah keluarga (11.1% berbanding 0%, P>0.05). Kesimpulannya, CAC mungkin tidak relevan untuk pemeriksaan pada populasi yang lebih muda. Walau bagaimanapun, penemuan faktor risiko masih tahap membimbangkan dalam golongan muda.

Abstract

Acute Coronary Syndrome (ACS) events can be accelerated by positive family history of young coronary artery disease (CAD). Risk factors assessment sometimes fail to predict ACS occurrence. Additional investigations with coronary artery calcium (CAC) score can be used independently in screening for primary prevention in some population. This was a cross-sectional study in asymptomatic population with first degree relatives (FDR) having premature CAD compared with a matched population with no family history of CAD from September 2017 to March 2018 at the Cardiology Clinic of Univeristi Kebangsaan Malaysia Medical Centre. A total of 36 subjects were recruited with equal number in each group. Female were the majority in each group (66.7%). The FDR group were slightly younger compared to the control group [mean (SD) age 36.9 (4.9) against 38 (3.8), respectively). Both groups represent high risk factors including overweight and obesity, abdominal obesity as well as dyslipidemia. Newly diagnosed dyslipidemia was significant in the group with family history (83.3% versus 44.4%, P<0.01). Both groups were screened either into the low or moderate risk Framingham Risk Score group. CAC score was higher in family history group (11.1% vs 0%, P>0.05). In conclusion, CAC may be irrelevant for screening in younger population. However, the yield of other risk factor is still alarming.