Share |

Retrospective Review of the Adjunctive Use of Pre-Operative Ranibizumab “LUCENTISTM” in the Surgical Management of Diabetic Retinopathy in a Tertiary Referral Hospital in Malaysia

Original article

Abstrak

Satu siri kes retrospektif untuk menyelidik peranan dan keselamatan suntikan pre-operatif faktor anti-vascular endothelial growth (anti-VEGF) ranibizumab “LUCENTISTM” untuk pesakit yang mengidap penyakit retinopati diabetes yang perlu menjalani pembedahan vitrektomi telah dijalankan. Siri ini melibatkan dua puluh mata konsekutif dari 16 pesakit yang menerima suntikan tersebut 3 hingga 8 hari (purata 4.4 hari) sebelum vitrektomi untuk retinopati diabetis. Umur pesakit adalah dalam lingkungan 46 hingga 72 tahun (purata 57.7 tahun). Tiada berlaku sebarang komplikasi setempat ataupun sistemik. Indikasi untuk vitrektomi adalah retinal detachment (RD) [n=11; 3 kombinasi tractional (TRD) - rhegmatogenous RD (RRD), 8 TRD], TRD dengan pendarahan vitreus (VH) (n=3) ,VH (n=8) dan sindrom traksi vitreo-makular (n=1). Kriteria kemasukan ialah semua kes konsekutif yang menjalani vitrektomi yang ulung-ulung kali menerima suntikan anti-VEGF sebelum pembedahan. Tahap penglihatan (VA) sebelum pembedahan ialah 6/36 hingga persepsi cahaya. Semua mata berdarah dengan kadar minima ke sederhana semasa pembedahan. Pendarahan (VH) selepas pembedahan dalam mata yang tiada tamponad ataupun tamponad gas adalah tiada (n=1), minima (n=13) ataupun sederhana (n=1). Tahap pendarahan pada mata berisi minyak silikon pula adalah tiada (n=1), sederhana (n=3) ataupun pendarahan teruk (n=1). Tahap penglihatan (VA) post-operatif adalah tidak berubah (n=2) (10%), lebih baik (n=14) (70%) ataupun berkurangan (n=4). VA adalah 2/60 atau lebih baik (n=15) hingga tiada persepsi cahaya (n=1). Dua mata mencapai VA sebaik 6/12 (10%). Sepuluh mata (50%) mencapai 6/36 atau lebih baik. Kesimpulannya ialah suntikan pre-operatif intravitreal ranibizumab adalah selamat dan berkesan digunakan untuk pembedahan vitrectomi diabetik dan berupaya mengurangkan pendarahan perioperatif sejurus mampu memulihkan penglihatan pesakit.

Abstract

A retrospective case series review was conducted to determine the pre-operative role and safety of pre-operative adjunctive anti-vascular endothelial growth factor (anti-VEGF) agent ranibizumab “LUCENTISTM” in patients with diabetic retinopathy requiring vitrectomy. The study involved twenty consecutive eyes of sixteen patients (age range: 46-72 years; mean 57.5 years) which received intravitreal injection of 0.5 - 1 mg of ranibizumab 3 to 8 days (mean 4.4 days) prior to vitrectomy for diabetic retinopathy. There were no local or systemic post-injection complications. Indications for vitrectomy were retinal detachment (RD) [n=11; 3 combined tractional (TRD) - rhegmatogenous RD (RRD), 8 TRD], TRD with vitreous haemorrhage (VH) (n=3) ,VH (n=8) and vitreo-macular traction syndrome (n=1). Inclusion criteria include all consecutive eyes of diabetic patients requiring vitrectomy receiving a first pre-operative injection of anti-VEGF. Pre-operative visual acuity (VA) ranged from 6/36 to light perception. All eyes had minimal to moderate intraoperative bleeding.  Post-operative VH in eyes without tamponade or gas tamponade was nil (n=1), mild (n=13) or moderate (n=1). Silicone filled eyes had nil (n=1), moderate (n=3) or severe haemorrhages (n=1). Post-operative VA was unchanged (n=2) (10%), improved (n=14) (70%) or worsened (n=4). VA was 2/60 or better (n=15) to no light perception (n=1). Two eyes achieved 6/12 or better vision (10%). Ten eyes (50%) had 6/36 or better vision. In conclusion, pre-operative intravitreal ranibizumab is safe and useful in diabetic vitrectomy and appears to help with perioperative bleeding leading to improvement in vision.