Share |

Prevalence of Stress and Coping Mechanism among Staff Nurse's in the Intensive Care Unit

Original article

Abstrak

Persekitaran tempat kerja di kalangan jururawat unit rawatan intensif (ICU) menyumbang kepada punca stres. Ramai penyelidik telah menjelaskan bahawa stres di unit rawatan rapi adalah disebabkan oleh masalah penjagaan pesakit yang rumit dan penggunaan teknologi yang canggih. Kajian ini bertujuan mengenalpasti  prevalen stres di kalangan jururawat yang berkerja di ICU, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan faktor-faktor yang mempengaruhi stres, dan meninjau  tanda-tanda stres yang dialami. Kajian deskriptif ini dijalankan keatas 67 jururawat yang berkerja di ICU, HUKM. Data diperolehi melalui soalselidik yang diedarkan sendiri oleh penyelidik. Soal selidik terdiri daripada maklumat demografi, faktor-faktor penyumbang stres dan pengalaman stres yang dialami. Data dianalisis dalam bentuk frekuensi dan peratusan. Ujian “Chi-square” telah digunakan untuk melihat hubungan antara sosio-demografi dengan faktor-faktor yang menyumbang kepada stres. Keputusan kajian mendapati 100% atau semua  jururawat di ICU mengalami stres. Pengetahuan, pengalaman kerja, keadaan pesakit yang kritikal dan persekitaran kerja adalah antara faktor-faktor yang menyumbang kepada kejadian stres di kalangan jururawat, ICU, HUKM. Langkah-langkah seperti menggalakkan jururawat ICU mengikuti kursus pos-basik ICU dan meningkatkan bilangan jururawat, boleh mengurangkan stres di kalangan jururawat ICU. Pihak pengurusan hospital juga memainkan peranan yang penting untuk mengurangkan stres di kalangan jururawat yang berkerja di ICU disebabkan stres boleh memberi kesan ke atas prestasi kerja dan kualiti jagarawatan.

Abstract

The working environment of intensive care unit (ICU) nurses is a constant source of stress. Researchers have described ICU as a stressful environment because of the complex nature of patients’ health problems requiring an extensive use of very sophisticated technology.  This study aimed to identify the prevalence of stress among staff nurses working in ICU, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), factors influencing stress and to explore the symptoms of stress experienced. This descriptive study was conducted on 67 staff nurses working in ICU, HUKM. Data was collected using self-administered questionnaires. The questionnaires included sections on socio-demographic data, factors influencing stress and symptoms of stress experienced. Data was analysed using frequency and percentage. The Chi square test was used to examine the relationshipbetween socio-demographic data and factors influencing stress. Findings indicated that stress symptoms were experienced by 100 per cent (n =67) of staff nurses. Knowledge, working experience, critically ill patients, and environmental factors were one of the many factors contributing to the stress experienced by the ICU nurses in HUKM. Nurses working in ICU, HUKM are found to have a high level of stress. Recommendations like encouraging ICU nurses to take up post basic ICU courses and increasing the nurses quota can reduce the prevalence of stress among ICU nurses. Hospital management has an important role to play in reducing the stress levels of nurses working in ICU as stress has an effect on job performance and quality of nursing care.