Share |

Prevalence of Falls and Its Characteristics among Malaysian Older Adults: A Review

Review article

Abstrak

Kejatuhan adalah isu kesihatan yang sering dikaitkan dengan warga emas di seluruh dunia. Kejatuhan boleh menyebabkan kesan negatif pada individu dan juga menyebabkan kematian dalam kes tertentu. Kajian semasa kejatuhan adalah amat terhad di Malaysia. Tujuan kajian ini adalah untuk merumuskan kajian semasa yang dijalankan di Malaysia yang mengenai prevalens dan ciri-cirinya. Artikel telah dikenalpasti melalui menggunakan pangkalan data elektronik berikut: EBSCOhost, ClinicalKey, ScienceDirect, Wiley Online Library, SpringerLink dan Google Scholar. Pemilihan artikel adalah terhad kepada artikel bahasa Inggeris yang diterbitkan antara tahun 2013 hingga 2019. Kajian ini menilai golongan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas; sama ada di kediaman, komuniti atau institut perubatan. Sembilan artikel yang berkaitan telah dikenalpasti dan disiasat. Hasil kajian menunjukkan variasi yang ketara dengan julat 4-74 % dalam prevalens kejatuhan di kalangan warga emas di Malaysia. Salah satu kajian yang dijalankan dalam komuniti menunjukkan prevalens kejatuhan yang lebih rendah. Majoriti peristiwa kejatuhan berlaku pada waktu pagi seperti yang dilaporkan oleh tiga kajian iaitu sebanyak 49%-64.7%. Kejatuhan dalam kawasan bangunan adalah jumlah tertinggi lokasi jatuh dengan 50-87% manakala di luar bangunan adalah 13-49.3%. Lokasi di bilik mandi / tandas mempunyai peratusan kejatuhan tertinggi dalam bangunan. Kejatuhan yang menyebabkan kecederaan adalah antara 47% -82%. Perubahan pada prevalens kejatuhan dalam warga emas  ditentukan oleh faktor-faktor seperti lokasi dan keadaan kesihatan. Maklumat yang dikumpulkan dalam kajian ini menunjukkan terdapat kekurangan alat ukur piawai bagi mengkaji ciri-ciri kejatuhan di Malaysia. Kajian prospektif diperlukan untuk menubuhkan prevalens dan hubungan faktor-kesan kejatuhan di Malaysia.

Abstract

Falls are major public health issues which highly associated with older adults worldwide. Falls can cause a negative debilitating effect on the individual and may lead to fatal injury in certain cases. Current studies on falls characteristics are limited in Malaysia. The aim of this study was to pool the current studies conducted in Malaysia regarding the fall and its characteristics. Articles were identified by using the following electronic databases; EBSCOhost, ClinicalKey, ScienceDirect, Wiley Online Library, SpringerLink and Google Scholar. Article identification was limited to English language which were published between 2013 to 2019. This study looked into older adults aged 60 years old and above; conducted either in a residential, community-dwelling or medical institute. A total of nine articles was identified and investigated. Studies indicate a huge variation in the prevalence falls among older adults in Malaysia ranging between 4-74%. A study that was conducted in the community indicated lower prevalence of falls. Majority of the falls occurred in the morning as reported by three studies which covered and ranged between 49-64.7%. Indoor accounted as the highest number of falls in term of location and ranged between 50-87% while outdoor falls were between 13-49.3%. Location in bathroom and toilet had the highest percentage of indoor falls. Fallers that sustained injury ranged between 47-82%. A variation on the fall prevalence among older adults was determined by factors such as location and existing medical conditions. Pooled information in our study indicates that there is lack of standardised measuring tools for falls characteristics in Malaysia. There is a need for large scale longitudinal prospective study to establish the prevalence and the causal-effect relationship of falls in Malaysia.