Share |

Preliminary Study of Craniofacial Superimposition by Mathematics Programming in a Thai Population

Original article

Abstrak

Superimposisi kraniofasial digunakan dalam kes yang telah menemui tengkorak manusia yang tidak dikenali. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengkaji dan membangunkan program superimposisi kraniofasial dengan menggunakan program matematik untuk meningkatkan kredibiliti superimposisi kraniofasial di Thailand. Kajian ini dijalankan pada 20 tengkorak, yang terdiri daripada 10 tengkorak lelaki dan 10 tengkorak perempuan. Semua sampel diambil dari Pusat Penyelidikan Osteologi Forensik (FORC), Fakulti Perubatan, Universiti Chiang Mai. Fotograf tengkorak dan wajah si mati diambil daripada posisi muka depan. Posisi tindanan fotograf tengkorak sebenar dan fotograf wajah dibandingkan dengan fotograf tengkorak rawak dan fotograf wajah. Kesamaan pencapaian dari tepi fotograf yang dibandingkan dengan ciri penting dengan program matematik, di mana penyelidik menggunakan fungsi dan prinsip matematik matriks dan logik. Dalam setiap eksperimen, keputusan antara tengkorak muka sebenar dan tengkorak muka rawak muka dicatat dalam bentuk kualitatif. Keputusan menunjukkan bahawa program yang digunakan dapat menilai dengan tepat kesamaan 19 kes daripada 20 kes. Superimposisi kraniofasial dapat menjimatkan kos pengujian DNA dan boleh digunakan dalam pemeriksaan penyaringan awal. Penyelidikan ini akan dapat mempermudahkan, mempercepatkan, meningkatkan kebolehpercayaan dan menjimatkan kos proses pengenalpastian.

Abstract

Craniofacial superimposition are used in cases where one has found an unknown human skull. The purpose of this research was to develop craniofacial superimposition by applying mathematical programme to increase the credibility of craniofacial superimposition in Thailand. To calculate the overlay position of face-real skull photo and face photo from the same owner were compared to the face-randomised skull photo and face photo. This study was carried out on a sample of 20 skulls, divided into 10 male skulls and 10 female skulls. All samples of bones were taken from the Forensic Osteology Research Center (FORC), Faculty of Medicine, Chiang Mai University. Skull and face photography of the deceased took only the front-straight face position. The similarity was found out from edges of them that compared at important points with the mathematical programme, in which the researchers applied functions and mathematical principles of matrix and logical. In each individual experiment between face-real skull and face-randomised skull, the results were recorded and explained in the form of qualitative experiments. From the experiment found that the used programme can be able to correctly assess the similarity are 19 cases of 20 cases. Craniofacial superimposition can save the budget of DNA testing and can be screening for the initial assumption. This research will be able to facilitate, work faster, more reliable and save budget in the identifying process.