Share |

Pleomorphic Adenoma of the Soft Palate: The Pillars of Reconstruction

Case report

Abstrak

Tumor kalenjar air liur menyumbang kurang daripada 5% dalam semua jenis tumor kepala dan leher. Tumor yang paling biasa pada kalenjar air liur ialah adenoma pleomorfik. Lelangit adalah subsit paling biasa dalam rongga mulut yang terjejas oleh tumor ini. Kami di sini membincangkan kes adenoma pleomorfik lelangit lembut dan dilema pembinaan semula lelangit. Seorang lelaki berumur 41 tahun mengalami bengkak lelangit lembut, yang meningkat saiz secara beransur-ansur dalam tempoh 5 tahun yang lalu. Pemeriksaan intraoral mendedahkan bengkak lelangit, jisim 3x3 cm terhad pada lelangit lembut, tidak melintasi garis tengah, tidak menceroboh lelangit keras, tetapi tidak melibatkan trigon retromolar dan sulcus gingivobuccal. Biopsi dilakukan dan pemeriksaan histopatologi menunjukkan ciri-ciri adenoma pleomorfik. Dia menjalani pembedahan membuang bengkak tersebut dengan pembinaan semula lelangit menggunakan "flap myomucosal buccal". "Buccal flap" adalah pilihan yang sangat baik kerana lokasi yang dekat dengan pemulihan yang baik. Masalah gigitan pada flap adalah salah satu isu yang dihadapi. Pesakit pulih dengan baik selepas menjalani revisi flap. Adenoma pleomorfik kalenjar air liur kecil lelangit lembut dirawat dengan pembedahan, tetapi membina semula kecacatan palatal adalah asas untuk menguruskan tumor ini. Matlamatnya adalah untuk mengekalkan kefungsian dan untuk mengelakkan kekurangan velofaringeal. "Buccal myomucosal flap" menawarkan kedua-dua faedah, sebagai tambahan dalam kedekatan terhadap kecacatan dengan morbiditi penderma yang boleh diabaikan.

Abstract

Salivary gland tumour contributed less than 5% of all head and neck tumours. The most common benign tumour of the salivary glands is pleomorphic adenoma. Palate is the common subsite in the oral cavity affected by this tumour. We herein discussed a case of pleomorphic adenoma of the soft palate and the reconstruction dilemma. A 41-year-old male presented with soft palate swelling, which gradually increasing in size in the last 5 years. Intraoral examination revealed well defined, 3x3 cm circumscribed mass at the soft palate, not crossing the midline, encroaching the hard palate, but spared the retromolar trigone and gingivobuccal sulcus. Incisional biopsy performed and histopathological examination showed features of pleomorphic adenoma. He underwent wide local excision of the pleomorphic adenoma with reconstruction using buccal myomucosal flap. Buccal flap was an excellent choice due to its proximity with good recovery. Pleomorphic adenoma of minor salivary gland of the soft palate was managed by complete excision but reconstructing the palatal defect was the cornerstone of managing this tumour. The aim was to preserve functionality and to prevent velopharyngeal insufficiency. Buccal myomucosal flap offered both advantageous, in addition to its proximity to the defect with negligible donor morbidity.