Share |

Perioperative Analgesic Modality and Effectiveness in Paediatric Patients Who Have Undergone Common Major Urology Surgery - A Two-Year Retrospective Study

Original article

Abstrak

Pengurusan kesakitan dalam golongan pediatrik yang menjalani pembedahan urologi major adalah mencabar. Pembedahan ini memerlukan pembiusan penuh (GA) beserta pemberian pembiusan setempat atau infusi morfin. Kajian ini bertujuan untuk membanding dan menilai keberkesanan kedua-dua teknik pengendalian kesakitan. Kajian retrospektif deskriptif di sebuah pusat yang melibatkan 88 orang pesakit berumur antara 3 bulan hingga 12 tahun dengan status fizikal American Society of Anaesthesiologists (ASA) I atau II yang memerlukan GA untuk pembedahan major urologi. Kumpulan A menerima morfin sistemik semasa pembedahan manakala Kumpulan B menerima pembiusan setempat (samada infusi caudal epidural, pembiusan setempat caudal atau pembiusan setempat erector spinae). Kami mengkaji keperluan intravena (IV) fentanyl semasa dan selepas pembedahan, skor kesakitan menggunakan skala Face, Leg, Activity, Cry, Consolability (FLACC), penggunaan IV non-opioid dan komplikasi yang berkaitan. Keperluan ‘rescue’ fentanyl semasa pembedahan tiada perbezaan antara kedua-dua kumpulan. Keperluan non-opioid dan ‘rescue’ fentanyl adalah bereerti dan lebih tinggi untuk Kumpulan A berbanding dengan Kumpulan B (p<0.001). Median skala FLACC Kumpulan A lebih tinggi daripada Kumpulan B dan bererti (p<0.001) untuk 12 jam pertama selepas pembedahan. Komplikasi paling kerap untuk kumpulan morfin adalah muntah (38.6%) dan kebocoran peri-kateter untuk kumpulan B (6.81%). Teknik pembiusan setempat adalah lebih bagus berbanding dengan morfin sistemik untuk pengendalian kesakitan 12 jam yang pertama selepas pembedahan major urologi pediatrik dan teknik ini tidak memberi kesan sampingan opioid.

Abstract

Perioperative paediatric major urology surgery pain management remains challenging. These surgeries require general anaesthesia (GA) combined with either regional analgesia technique or systemic morphine infusion for optimal pain relief. We aimed to compare and evaluate the effectiveness of both analgesic techniques. This single centre retrospective descriptive study involved 88 patients, aged 3 months to 12 years old with American Society of Anaesthesiologists (ASA) I or II status, who underwent major urology surgery under GA. Group A patients received perioperative systemic morphine while Group B received regional anaesthesia blocks (continuous caudal epidural infusion, single-shot caudal blocks or single-shot erector spinae blocks). We measured requirements of perioperative rescue intravenous (IV) fentanyl, pain scores using Face, Leg, Activity, Cry, Consolability (FLACC) scale, perioperative non-opioid IV analgesia usage and associated complications. Intraoperative rescue fentanyl in both groups was comparable. Intraoperative non-opioid analgesia and postoperative rescue fentanyl requirement were significantly higher in Group A compared to Group B (p<0.001). Median FLACC scores in Group A were higher than Group B (p<0.001) for first 12 hours post-surgery. Commonest complications in Group A was vomiting (38.6%) and peri-catheter leak in Group B (6.81%). Regional anaesthesia technique is superior to systemic morphine in providing analgesia in the first 12 hours post paediatric major urology surgery and is devoid of opioid side effects.