Share |

Paramedics’ Perception on Video Assisted Learning Method in Learning Emergency Skills

Original article

Abstrak

Penggunaan teknologi informasi merupakan salah satu kaedah pengajaran popular dalam bidang perubatan. Salah satu kaedah yang digunakan ialah pembelajaran berasaskan video (PBV). Pengunaan video sebagai bahan bantu pengajaran bagi pembelajaran kemahiran kecemasan bukan sesuatu yang baru. Namun, kajian mengenai persepsi penggunaan PBV ini masih kurang. Kajian kualitatif ini melibatkan empat perbincangan kumpulan fokus setelah peserta mengikuti sesi pembelajaran skil melalui PBV. Seramai 20 orang paramedik dibahagikan kepada empat kumpulan fokus. Mereka terlibat dalam perbincangan setelah mengikuti PBV. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat tiga tema utama yang dikategorikan sebagai: i) kelebihan video sebagai alat bantu mengajar, ii) halangan dalam menggunakan video sebagai alat bantu pengajaran; dan iii) cadangan dalam menggunakan video sebagai alat pengajaran. Kajian ini menunjukkan bahawa paramedik yang terlibat merasakan video berpotensi sebagai satu kaedah dalam mempelajari kemahiran kecemasan. Walau bagaimanapun, mereka mencadangkan bahasa ibunda digunakan sebagai bahasa pengantara dalam pengajaran berasaskan video ini. Ini menunjukkan bahawa penggunaan Bahasa Inggeris dalam PBV mempunyai kelemahan untuk memahami kandungan pembelajaran.

Abstract

Information technology use in healthcare education has become a popular medium of instruction. One of the medium of instruction is video assisted learning (VAL). The use of VAL as an instructional method in the teaching and learning of emergency skills is not new. However, there are lack of studies on the perception of using this method in learning emergency skills. This qualitative study involved four focused discussion groups following a VAL instruction on emergency skills. A total of 20 paramedics were divided into four groups. They were involved in a focussed discussion after a VAL instruction session. Findings reveal that the paramedics perceived three major themes which were categorized as : i) advantages of video as teaching tool, ii) barrier in using video as a teaching tool; and iii) suggestions on using video as teaching tool. The findings indicate that the paramedics perceived VAL as a potential tool for learning emergency skills. However, they suggested the language of instruction should be in their mother tongue for better understanding. This implies that using English language has disadvantage in technology enhanced learning for better understanding.