Share |

Minimal Residual Disease Status in Childhood Acute Lymphoblastic Leukaemias by Flow Cytometry and Their Clinical and Haematological Features

Original article

Abstrak

Kehadiran sel leukemia yang minima merupakan penanda prognosis buruk pada pe­sakit leukemia akut. Penganalisaan tahap bebas leukaemia secara sitometri aliran da­pat menganggarkan baki minima sel leukaemia (MRD) selepas rawatan kemoterapi induksi pada pesakit kanak-kanak leukemia limfoblastik akut (ALL). Pesakit yang di­katakan bebas dari leukaemia dengan analisa morfologi sum-sum tulang, di mana ka­dar peratus limfoblas adalah kurang 5%, berkemungkinan besar masih mempunyai sel leukemia sebanyak 1010.  Walau bagaimana pun, kaedah imunofenotip sitometri aliran, boleh mengesan baki sel leukemia yang lebih rendah lagi (1 dalam 104 sel-sel) ber­banding pemeriksaan morfologi sumsum tulang, dan ia boleh digunakan sebagai kae­dah bagi menentukan MRD dan meramal kemungkinan leukemia akut berulang.  Ka­jian ini adalah untuk membandingkan ciri-ciri klinikal dan hematologi pada kanak-ka­nak yang mengalami ALL, dan juga untuk mengesan status MRD pesakit tersebut se­cara sitometri aliran. Status MRD pesakit dianalisa pada hari ke-28, minggu ke-12 dan minggu ke-20 daripada rawatan kemoterapi induksi leukemia. Jangka hayat pesakit selepas lima tahun juga dikaji. Perbandingan status MRD secara morfologi sum-sum tulang dengan sitometri aliran telah dilakukan. Kajian ini telah dijalankan terhadap tiga puluh lapan kes kanak-kanak yang mengalami prekursor B-ALL di Pusat Perubatan UKM. Tidak terdapat per­kaitan yang signifikan diantara ciri-ciri demografik, klinikal dan hematologi dengan status MRD  pada hari ke-28, namun terdapat perkaitan yang sig­nifikan di antara sta­tus MRD yang positif secara sitometri aliran dengan keputusan morfologi sum-sum tulang pada minggu ke-12.  Tiga kes menunjukkan status MRD positif yang berterusan sehingga minggu ke-20 dan dua daripadanya telah relaps dan meninggal dunia. Dua puluh empat pesakit masih hidup selepas lima tahun.

Abstract

Residual disease in patients with acute leukaemia indicates unfavorable prognosis. The evaluation of remission using flow cytometry allows a better estimation of minimal residual disease (MRD) after induction chemotherapy in childhood acute lymphoblastic leukaemia (ALL) cases. Patients in morphological marrow remission with presence of blast cells of less than 5%, may still have up to 1010 leukaemic cells. However with flow cytometric analysis, lower levels of the residual leukaemic cells  (1 in 104 cells) can be detected and it can be used as a tool to predict relapse. This study compared the presenting clinical and haematological features of children with ALL and their residual disease status determined by flow cytometry. Analysis of their MRD status following remission-induction chemotherapy were done at day-28, week-12 and week-20. The cases were also followed up to five years, to determine their survival status. Their residual disease status by flow cytometric immunophenotyping was also compared with their bone marrow findings morphologically. Thirty-eight cases of precursor B-ALL in pediatric patients from UKM Medical Centre (UKMMC) were analyzed. There was no significant correlation between demographic, clinical and haematological features with MRD status at day-28. However, there was a significant correlation between MRD status by flow cytometry and by morphological marrow examination at week-12. Three cases showed persistent MRD findings until week-20 where two of the cases relapsed and died subsequently.  Twenty four patients were still alive after five years of follow up.