Share |

Medication Wastage and its Disposal Amongst Patients at Suri Seri Begawan Hospital in Brunei Darussalam

Original article

Abstrak

Pembaziran ubat menimbulkan beban kewangan kepada ekonomi negara dan juga, implikasi alam sekitar yang berkaitan dengan pelupusan pembaziran. Kajian ini dijalankan di sebuah hospital awam di Brunei dan bertujuan untuk mengukur tahap pembaziran ubat-ubatan dan pelupusannya. Ia adalah satu kajian rentas/silang bahagian yang menggunakan soal selidik direka sendiri untuk para pesakit mengunjungi farmasi pesakit luar di hospital Suri Seri Begawan (SSB); seramai 253 pesakit mengambil bahagian dalam tempoh dua minggu. Terdapat kriteria pengecualian, iaitu pesakit di bawah usia 18 tahun, pesakit mengunjungi Jabatan Kemalangan dan Kecemasan, dan pesakit yang dimasukkan ke hospital. Majoriti peserta dilaporkan mempunyai ubat yang tidak digunakan di rumah (75.1%, n=189). Hampir separuh (54.2%) mempunyai ubat-ubatan yang tidak digunakan dan ia adalah disebabkan oleh peningkatan dalam keadaan perubatan mereka. Kebanyakkan peserta (70.8%) tidak diberi nasihat yang bersesuaian mengenai cara untuk melupuskan ubat-ubatan mereka dengan cara yang betul. Kebanyakkan mereka membuang ubat-ubatan yang tidak digunakan ke dalam tong sampah di rumah (70%), walaupun 50.2% (n=189) mengetahui bahawa membuang ubat-ubatan dalam tong sampah boleh menyebabkan kesan buruk kepada alam sekitar.  Selain itu, didapati bahawa 47.7% daripada peserta akan mengembalikan ubat-ubatan yang tidak digunakan ke farmasi, tetapi secara praktikal, hanya 18.6% telah melakukannya. Tiada hubungan yang signifikan antara mengetahui kesan-kesan memudaratkan perubatan ke atas alam sekitar dan mengembalikan ubat mereka ke farmasi (p=0.065). Kajian ini menunjukkan bahawa wujud pembaziran ubat di hospital SSB dan pengetahuan serta amalan pesakit terhadap pelupusan yang betul adalah agak lemah. Oleh itu, penggubal dasar kesihatan perlu dimaklumkan mengenainya agar dapat melaksanakan strategi pengurangan pembaziran.

Abstract

Medication wastage poses a financial burden on the nation’s economy, as well as, environmental implications associated with wastage disposal. This study was conducted in a public hospital in Brunei and aimed to measure the extent of medication wastage and its disposal. This cross-sectional study used a self-designed questionnaire for patients attending outpatient pharmacy at the Suri Seri Begawan (SSB) hospital in which 253 patients participated over a period of two weeks. Exclusion criteria were: i) patients below 18 yrs, ii) patients visiting the Accident and Emergency Department and iii) patients admitted to the hospital. Majority of the participants were reported to have unused medication at home (75.1%, n=189). Nearly half (54.2%) had unused medicines and this was due to improvements in their medical conditions. Most of the participants (70.8%) were not given necessary advice on how to dispose their medicines in a proper manner. Majority disposed their unused medicines in the household garbage (70%), despite 50.2% (n=189) knowing that disposing of medicines in the garbage can cause detrimental effects on the environment. It was found that 47.7% of the participants would return their unused medicines back to the pharmacy, but in practice, only 18.6% did such. There was no significant association between knowing detrimental effects of medicine on the environment and returning their medicines to the pharmacy (p=0.065). Results showed that medication wastage exists in SSB hospital and patients’ knowledge and practices on its proper disposal was relatively poor. Health policy makers should be informed to implement wastage reduction strategies.