Share |

Medical Students’ Perceptions on the Adequacy and Effectiveness of Pharmacology Teaching during Preclinical Years

Original article

Abstrak

Pembelajaran farmakologi semasa tahun praklinikal adalah penting bagi pelajar perubatan untuk membuat pilihan rasional dalam memilih rawatan yang sesuai untuk pesakit pada masa akan datang. Oleh itu, kajian ini menentukan kecukupan dan keberkesanan pengajaran farmakologi dalam program perubatan prasiswazah di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Cadangan penambahbaikan kurikulum juga dikenalpasti. Soal selidik dalam talian mengenai persepsi terhadap metodologi pengajaran farmakologi telah diedarkan kepada sejumlah 459 pelajar perubatan dari tahun ke-4 dan ke-5 di PPUKM. Soal selidik meliputi demografi, persepsi tentang pengajaran farmakologi, kaedah pengajaran-pembelajaran yang ideal untuk pembelajaran farmakologi, topik farmakologi yang berguna untuk amalan klinikal masa depan, topik farmakologi yang paling menarik dan cadangan untuk penambahbaikan. Peratusan responden adalah 46.4% dan majoriti peserta adalah perempuan (65.7%). Kebanyakan pelajar bersetuju bahawa pembelajaran interaktif lebih membantu daripada kuliah didaktik (88.0%). Seramai tujuh puluh peratus pelajar melaporkan bahawa kuliah farmakologi semasa tahun praklinikal telah membantu semasa tahun-tahun klinikal. Peratusan pelajar yang bersetuju bahawa pengajaran farmakologi semasa praklinikal adalah mencukupi untuk amalan klinikal adalah 47.0%. Tidak ada kaitan antara pembolehubah demografi (jantina, bangsa, tahun pengajian dan latar belakang keluarga perubatan) dan minat di dalam farmakologi (p>0.05). Kesimpulannya, pengajaran farmakologi semasa tahun praklinikal dianggap berkesan dan berguna untuk amalan klinikal pelajar. Lebih banyak sesi pengajaran farmakologi dalam tahun-tahun klinikal telah dicadangkan yang mungkin boleh meningkatkan kecukupan pengajaran farmakologi.

Abstract

Pharmacology teaching during preclinical years is important for medical students to make rational choices in choosing suitable treatment for patients in future. Therefore, the present study determined the adequacy and effectiveness of pharmacology teaching in the undergraduate medical program at the Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Center (UKMMC). Suggestions for improvement of the curriculum were also identified. An online questionnaire on the perceptions of pharmacology teaching methodology was distributed to a total of 459 medical students in 4th and 5th year  at UKMMC. The questionnaire covered demographics, perceptions about pharmacology teaching, the ideal teaching learning methodology for learning pharmacology, pharmacology topics which are useful for future clinical practice, the pharmacology topic which was most interesting and recommendations for improvement. The response rate was 46.4% and majority of the participants were females (65.7%). Most of the students agreed that interactive learning was more helpful than didactic lectures (88.0%). Seventy percent of the students reported that pharmacology lectures in the preclinical years were helpful during the clinical years. Percentage of students who agreed that pharmacology teaching in their preclinical was adequate for their clinical practice was 47.0%. There was no association between demographic variables (gender, race, year of study and medical family background) and interest in pharmacology (p>0.05). In conclusion, the pharmacology teaching during preclinical years was perceived to be effective and useful for students’ clinical practice. More pharmacology teaching sessions in clinical years was suggested which may improve adequacy of pharmacology teaching.