Share |

Malay Happiness at Workplace Index: Psychometric Properties Study

Original article

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengesahkan Indeks Kebahagiaan Melayu di Tempat Kerja (M-HAW). Kajian tinjauan keratan rentas dengan kaedah persampelan kemudahan telah dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Malaysia. Pendekatan ke hadapan ke belakang digunakan untuk menterjemah 11 item asal soalan dan diedarkan kepada responden. Untuk menilai kesahan dan kebolehpercayaan, analisis statistik dilakukan menggunakan Analisis Faktor Penerokaan (EFA) dan Analisis Faktor Pengesahan (CFA). Sejumlah 501 individu sihat telah dimasukkan dalam kajian dengan 72% responden perempuan dan purata umur ialah 37.63 + 7.60. Soal selidik secara amnya diterima dengan baik oleh peserta, dan piawaian kebolehpercayaan telah dipenuhi (Cronbach α = 0.95). EFA menunjukkan 2 faktor berbeza iaitu faktor individu dan faktor persekitaran. CFA menunjukkan bahawa model itu sesuai (RMSEA= 0.076, CFI= 0.978, x2/df= 3.31). M-HAW telah menunjukkan kesahihannya sebagai alat yang baik untuk mengesan kebahagiaan dalam keadaan tempat kerja. Kebahagiaan di tempat kerja versi Bahasa Melayu boleh digunakan sebagai alat saringan untuk mengukur kebahagiaan yang dapat membantu organisasi menyediakan intervensi yang sesuai untuk meningkatkan kebahagiaan pekerja.

Abstract

The present study aimed to validate the Malay Happiness at Workplace (M-HAW) index questionnaire. A cross-sectional survey study with a convenience sampling method was carried out at Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre (UKMMC), Malaysia. The forward-backward approach was used to translate the original 11 items of the M-HAW questionnaires, which were then distributed to respondents. Exploratory Factor Analysis (EFA) and Confirmatory Factor Analysis (CFA) were utilised to assess the questionnaires’ validity and reliability. A total of 501 healthy individuals were included in the study, with 72% female respondents and a mean age of 37.63 + 7.60. The questionnaire was generally well-received by participants, and reliability standards were met (Cronbach’s α = 0.95). The EFA shows two distinct factors, namely individual and environmental factors. The CFA shows that the model was fit (RMSEA= 0.076, CFI= 0.978, x2/df= 3.31). The M-HAW demonstrated its validity as a good tool for determining happiness in the workplace. The M-HAW questionnaire can be used as a screening tool to measure happiness, and should be able to help an organisation provide suitable interventions to improve employee happiness.