Share |

Knowledge, Attitude, Practice and Associated Factors Regarding Vision Screening among Preschool Teachers in Malaysia

Original article

Abstrak

Di Malaysia, saringan penglihatan kanak-kanak prasekolah dijalankan oleh optometris. Namun begitu, disebabkan oleh kekangan kakitangan terlatih, saringan ini tidak dapat dijalankan secara menyeluruh. Penglibatan guru-guru dalam proses saringan penglihatan merupakan salah satu langkah untuk mengatasi masalah ini. Oleh itu, adalah penting untuk mengetahui tahap pengetahuan, sikap dan tindakan (KAP) guru-guru berkenaan saringan penglihatan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap KAP guru-guru berkenaan saringan penglihatan dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Satu kajian keratan rentas yang melibatkan guru-guru prasekolah awam dan swasta di Malaysia telah dijalankan. Borang soal selidik diedarkan secara atas talian bagi pengumpulan data. Analisa regresi logistik binari telah dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap KAP. Majoriti guru-guru prasekolah di Malaysia didapati berada pada tahap pengetahuan (74.1%), sikap (75.0%) dan tindakan (81.2%) yang tinggi. Faktor-faktor yang didapati mempengaruhi tahap pengetahuan adalah guru-guru yang bertugas di tadika swasta dan prasekolah yang menjalankan saringan penglihatan. Guru-guru perempuan, guru yang mempunyai latar belakang bukan pendidikan dan yang tidak mempunyai masalah/penyakit mata adalah faktor-faktor yang mempengaruhi tahap sikap. Manakala, faktor-faktor yang mempengaruhi tahap tindakan adalah umur guru, guru Melayu, penglibatan dalam latihan saringan penglihatan dan bertugas di prasekolah yang menjalankan saringan penglihatan. Latihan dan pendedahan terhadap saringan penglihatan didapati dapat meningkatkan tahap KAP guru-guru berkenaan saringan penglihatan.

Abstract

Preschool vision screening is carried out by optometrist in Malaysia. However, inadequate manpower limits the ability of this screening to be conducted nationwide. Teachers’ involvement in the screening team could be beneficial to overcome this issue. Therefore, it is important to understand teachers’ knowledge, attitude, and practice (KAP) on vision screening.  This study aimed to assess preschool teachers’ level of KAP and identify the contributing factors. A cross-sectional study was conducted among public and private preschool teachers in Malaysia. A self-administered online questionnaire was used as the data collection tool. The contributing factors affecting the KAP level were determined using binary logistic regression analysis. The majority of the preschool teachers were in the high-level category for knowledge (74.1%), attitude (75.0%), and practice (81.2%). Factors contributing to the level of knowledge were teachers from private preschools and serving at preschools conducting vision screening. Being female, teachers with a non-education field of study and without a history of eye problems/diseases were associated with attitude level. Meanwhile, factors contributing to the practice level were age, Malay teachers, involvement in vision screening training, and serving at preschools conducting vision screening. Training and exposure to vision screening can increase teachers’ KAP levels regarding vision screening.