Share |

Influence of Depression Literacy, Mental Health Beliefs, and Stigma on Help-seeking Behaviour: A Semi-Systematic Review

Review article

Abstrak

Walaupun terdapat akta undang-undang tindakan kesihatan mental dan amalan klinikal, pesakit di Malaysia yang mengalami kemurungan sering didapati mengalami penyakit mental yang teruk dengan prognosis yang buruk. Memahami faktor-faktor penyebab yang mempengaruhi tingkah laku untuk mendapatkan bantuan menggunakan pendekatan bersama pesakit dapat memberikan pandangan yang baik untuk merancang rawatan serta intervensi yang berkesan. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan tahap perkembangan kesihatan pesakit yang berbeza untuk kemurungan termasuk kesedaran, pemeriksaan, diagnosis, rawatan, kepatuhan dan kawalan melalui kaedah kajian separa sistematik. Kajian separa sistematik dilakukan melalui (i) carian kata kunci berstruktur di pangkalan data Embase, MEDLINE, dan BIOSIS menggunakan platform OVID untuk artikel Bahasa Inggeris yang diterbitkan antara tahun 2005 dan 2021; dan (ii) carian yang tidak terstruktur di laman web Google, Pangkalan Data Kejadian dan Prevalensi, Organisasi Kesihatan Sedunia, dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Kajian ini merangkumi kajian yang melibatkan pesakit Malaysia yang berusia ≥18 tahun dan pesakit yang mengalami kemurungan. Penulisan abstrak tesis, surat kepada editor, editorial dan kajian kes, atau artikel yang mewakili subkumpulan populasi yang lebih kecil tidak dimasukkan dalam analisa separa sistematik ini. Pencarian pangkalan data melibatkan artikel bermula dari tahun 2005 hingga Julai 2021. Sebanyak tiga artikel dari 1062 dapatan pencarian pengambilan melalui carian berstruktur dan dua artikel daripada carian tidak berstruktur dimasukkan dalam sintesis akhir. Hasil kajian menunjukkan pesakit yang mengalami penyakit kemurungan (2.3%), yang kurang melakukan  pemeriksaan awal (20%), diagnosis (50-60%), dan kepatuhan kepada rawatan (30-40%), walaupun kesedaran tinggi (76.9%) dan  memulakan  rawatan dengan awal (75.3%). Tahap pendidikan yang rendah, etnik, stigma mengenai kesihatan mental dan pola preskripsi yang tidak rasional dari doktor penjagaan primer dikaitkan dengan tingkah laku mencari bantuan kesihatan mental terbaik yang buruk. Pengetahuan terhadap kemurungan dapat meningkatkan tingkah laku pesakit untuk mendapatkan rawatan bagi masalah kesihatan mental.

Abstract

Despite having a mental health act and clinical practice guideline, Malaysian patients with depression frequently progress to severe disease with poor prognosis. Understanding the underlying factors which influence help-seeking behaviour using a patient journey approach can provide insights for designing effective interventions. The study aimed to determine the different stages of patients journey for depression including awareness, screening, diagnosis, treatment, adherence, and control using a semi-systematic review. The review was conducted through (i) structured keyword search in Embase, MEDLINE, and BIOSIS databases using OVID platform for English articles published between 2005 and 2021; and (ii) an unstructured search on websites of Google, Incidence and Prevalence Database, World Health Organization, and Malaysian Ministry of Health. Studies included in the semi systematic review were based on Malaysian patients aged ≥18 years at different journey stages for depression and publications from year 2005 to July 2021. Thesis abstracts, letters to the editor, editorials, and case studies, or articles representing smaller population subgroups were excluded. Three articles out of 1062 retrievals through structured search and two articles out of four retrievals through the unstructured search were included in the final synthesis. We have found that the prevalence of major depressive disease (2.3%), low initial screening (20%), diagnosis (50% to 60%) and adherence (30% to 40%), despite high awareness (76.9%) and initiation of treatment (75.3%). Low education level, ethnicity, stigma regarding mental health, and irrational prescription pattern of primary care physicians were associated with poor mental health help-seeking behaviour. Depression literacy can improve the help-seeking behaviour of the patients.