Share |

The Incidence of Low Back Pain among Healthcare Students and Their Beliefs on Its Association with Physical Function

Original article

Abstrak

Kadar kekerapan sakit belakang yang lebih tinggi da;am kalangan profesional penjagaan kesihatan menyebabkan mereka kerap dimasukkan ke hospital, tidak hadir bekerja, dan bersara awal. Kepercayaan pemberi penjagaan kesihatan mengenai sakit belakang adalah penting dalam proses pemulihan pesakit yang menderita akibat sakit belakang. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji insiden sakit belakang dalam kalangan pelajar prasiswazah kesihatan dan kepercayaan mereka terhadap perkaitan antara sakit belakang dan fungsi fizikal. Kajian keratan rentas digunakan untuk mengumpulkan data dalam talian dari pelajar prasiswazah kesihatan bagi semua tahun pengajian dari empat program. Alat soal-selidik  "Extended Nordic Musculoskeletal Questionnaire" (NMQ-E) dan "Health Care Providers’ Pain and Impact Relationship Scale" (HC-PAIRS) masing-masing digunakan untuk menentukan sakit belakang dalam kalangan pelajar dan kepercayaan mereka terhadap kesan sakit belakang pada fungsi fizikal. Seramai 239 pelajar mengambil bahagian dalam kajian ini dengan purata usia 21.90 tahun. Pelajar perempuan (74.5%) melebihi lelaki (25.5%). Ramai pelajar pernah mengalami sakit belakang sepanjang hayat hidup (82%) dan 12 bulan terakhir (55.2%) dengan permulaan pada awal usia remaja. Pelajar fisioterapi dan jurupulih carakerja mengalami sakit belakang pada kadar kekerapan yang lebih rendah pada bulan lepas dan hari pengumpulan data. Kadar kekerapan sakit belakang dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan adalah sama, tetapi lebih tinggi dalam kalangan pelajar tua berbanding pelajar muda. Pelajar jurupulih carakerja dan fisioterapi masing-masing didapati mempunyai kepercayaan yang lebih negatif dan positif terhadap sakit belakang. Kadar kekerapan sakit belakang yang lebih tinggi dalam kalangan pelajar pemberi penjagaan kesihatan memerlukan intervensi yang sesuai untuk mengatasinya. Kepercayaan positif yang sedikit dalam kalangan pelajar pemberi penjagaan kesihatan memerlukan tindakan segera untuk menanamkan kepercayaan positif dalam diri mereka.

Abstract

The high prevalence rate of low back pain (LBP) among healthcare professionals causes frequent hospitalisation, work absenteeism, and early retirement. Healthcare providers’ beliefs about LBP are essential in the recovery process of patients suffering from LBP. This study was aimed to investigate the incidence of LBP among healthcare students and their beliefs on the association between LBP and physical function. A cross-sectional study was used to collect online data from all years undergraduate healthcare students of four programmes. The Extended Nordic Musculoskeletal Questionnaire (NMQ-E) and Health Care Providers’ Pain and Impact Relationship Scale (HC-PAIRS) tools were used to determine LBP among the students and their beliefs on the impact of LBP on physical function, respectively. A total of 239 students participated in the study with a mean age of 21.90 years. Females (74.5%) outnumber the males (25.5%). Many students experienced LBP for a lifetime (82%) and last 12 months (55.2%) with initial onset at mid-teen-age. The physiotherapy and occupational therapy students experienced lower LBP during the last month and the day of data collection. The prevalence rate of LBP among males and females was the same, but higher among the seniors than junior students. Occupational therapy and physiotherapy students were found to have more negative and positive beliefs on LBP, respectively. The higher prevalence rate of LBP among the healthcare students requires appropriate interventions. The marginal positive beliefs among the healthcare students needs immediate actions to instil positive beliefs in them.