Share |

Four years analysis of Helicobacter pylori infection among patients with dyspeptic at Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre

Original article

Abstrak

Helicobacter pylori merupakan agen etiologik gastritis kronik jenis B, ulser peptik dan kanser gaster. Jangkitan H. pylori adalah lazim di dunia dengan anggaran 50% popu­lasi dijangkiti. Majoriti individu yang dijangkiti bersifat asimptomatik, dan sebahagian daripada mereka akan mengalami gastrititis. Walaubagaimanapun, jangkitan kronik H. pylori tanpa rawatan antibiotik mendedahkan individu dijangkiti kepada perkembangan kanser. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan jangkitan aktif H. pylori di kalang­an pesakit dengan simptom dispepsia menggunakan kombinasi 3 kaedah ujian. Da­lam laporan ini, kami mengkaji 1376 pesakit secara konsekutif yang menjalani prose­dur endoskopi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dari Januari 1999 hingga Disember 2002. Klasifikasi diagnosis pesakit ditentukan melalui pemeriksaan endoskopi dan histologi. Status jangkitan H. pylori ditentukan dengan ujian pantas urease, pemeriksaan histologi atau kultur H. pylori. Jangkitan H. pylori dikesan pada 30.8% pesakit dengan dispepsia. Jangkitan H. pylori ini adalah lebih prevalen pada pesakit dengan usia yang lebih tua dan lebih tinggi pada pesakit lelaki berbanding wa­nita. Pesakit dengan penyakit gastroduodenum parah adalah lebih prevalen dijangkiti H. pylori. Jangkitan H. pylori juga menunjukkan perbezaan yang signifikan di kalangan kumpulan etnik berbeza. Kaum India menunjukkan kadar jangkitan yang paling tinggi iaitu 45.4%, diikuti kaum Cina (36.8%) dan paling rendah pada kaum Melayu (18.3%). Hasil kajian ini yang menentukan jangkitan aktif H. pylori di kalangan pesakit dengan simptom dispepsia adalah selaras dengan kajian serologi terdahulu yang menunjukkan terdapat perbezaan etnik pada prevalen jangkitan H. pylori. Walaubagaimanapun, co­rak jangkitan H. pylori ini tidak selari dengan prevalen penyakit gastroduodenum parah di kalangan kumpulan etnik.

Abstract

Helicobacter pylorihas been implicated as an aetiologic agent for type B chronic gastritis, peptic ulcer and gastric cancer. It is considered the most common bacterial infection in the world with approximately 50% of the population being infected. The majority of infected individuals are asymptomatic, with some developing gastritis only. However, chronic infection with H. pylori without antibiotic treatment predisposes infected individuals to the development of gastric cancer. The aim of this study is to determine active H. pylori infection among patients with symptoms of dyspepsia using three combinations of diagnostic methods. In this report, we studied 1,376 consecutive patients who underwent upper gastrointestinal endoscopy at Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Center (UKMMC) for dyspepsia from the period January 1999 to December 2002. The classification of patient’s diagnosis was assessed by endoscopic and histological examination. The H. pylori status was determined by rapid urease test, histological examination or H. pylori culture. Presence of H. pylori infection was confirmed in 30.8% of patients with dyspepsia. H. pylori infection was more prevalent in older patients and in males compared to females. Patients with severe gastroduodenal diseases were more commonly infected with H. pylori. There was a significant difference in H. pylori prevalence among the different ethnic groups.  Indians had the highest infection rate (45.4%), followed by Chinese (36.8%) and the lowest were seen in Malays (18.3%). This finding on determination of active H. pylori infection among patients with dyspepsia is consistent with serological studies that showed racial differences in H. pylori prevalence. However, the pattern of H. pylori infection does not reflect the prevalence of severe gastroduodenal diseases among different ethnic groups.