Share |

Four Siblings With Congenital Scoliosis and Dysmorphism: A Rare Case of Familial Spondylocostal Dysostosis

Case report

Abstrak

Skoliosis kongenital adalah perkembangan tulang belakang yang tidak normal yang merangkumi  pembentukan sebahagian tulang sahaja, kurangnya pemisahan di antara tulang belakang atau kehilangan bahagian tertentu tulang belakang. Etiologi sebenar skoliosis kongenital masih tidak jelas. Walau bagaimanapun, ia dipengaruhi oleh kecenderungan genetik dan faktor persekitaran. Kami melaporkan siri kes skoliosis kongenital dengan ciri-ciri dismorfik dalam empat orang adik-beradik dan membincangkan mengenai sindrom spondylocostal dysostosis yang mempunyai kaitan dengan skoliosis kongenital. Ciri-ciri dismorfik termasuk  hipertelorisme, ‘ptosis’ kedua-dua mata, 'high arch palate', langit-langit yang tinggi dan leher ‘webbed’. Pembedahan instrumentasi tulang belakang dilakukan dalam tiga adik beradik. Semua pesakit pulih dengan baik selepas pembedahan tanpa komplikasi kecederaan saraf. Rawatan susulan pada tahun pertama dan kedua selepas pembedahan menunjukkan tiada perubahan pada kadar lengkung dan tulang belakang telah bercantum. 

Abstract

Congenital scoliosis is an abnormal development of the vertebrae resulting in combination of partial formation, lack of separation or missing portion of the vertebra. The exact aetiology of congenital scoliosis remains unclear. It is influenced by genetic predisposition and environmental factors. We report a case series of congenital scoliosis with dysmorphic features in four siblings and discuss the description of spondylocostal dysostosis syndrome associated with congenital scoliosis. The dysmorphic features include hypertelorism, bilateral ptosis, high arch palate and webbed neck.  Posterior spinal instrumentation and fusion surgery was performed in three siblings. All patients did well post-operatively with no neurological complications. Subsequent follow-up at one and two years after the operation showed that the curves remained unchanged and the fusions were solid.